Selasa, 28 November 2017

Resepi Asam Pedas πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

RESEPI IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS

Bahan-Bahan
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Facebook

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...