Cerita pasal nak beli air fryer ni sejak zaman mula mula Philips keluar . Kagum betoi menggoreng tanpa guna minyak. Lepas tu dengar pulak Prof Muhaya cakap kalau ada modal ( duit) belilah air fryer baik untuk kesihatan keluarga. So mmg aku semat baik baik dalam hati nak beli air fryer satu hari nnt.
Entah macam mana terbuka pula hati aku nak beli benda alah ni setelah sekian lama niat berkubur. Tengom tengok Lazada berpuluh brand air fryer ni cuma tinggal nak yang mahal ke yang murah.Prinsip aku "mahal tak semestinya elok, murah tak semestinya selebet. "
korang tengok aku beli pressure cooker philips baru RM299 kat Lazada ..fungsinya sebijik macam Noxxa rege 700..skrg latest jual kat Lazada RM600. mahal kan ..kalau fungsi lebih kurang sama kenapa nak bazirkan duitkan...
so..samalah dengan AIR FRYER ni ..aku dah pergi Jusco nak bandingkan rege ..mmg tak lah aku nak beli kat Jusco .Majoriti semua mahal seratus ringgit dari apa yang Lazada jual. Dan kalau boleh beli yang fullfilled by Lazada sendiri. sebab apa paa yng buruk lazada akan ambil tanggungjawab. kan...
Lega air fryer aku sampai berbalut plastik.Walaupun kotak nya tak berbalut. semua org tahu aku beli air fryer. haaha..tapi biarlah bukan aku nak riak pun pakaiair fryer. Benda murahkan ..bukan nya mahal..
oklah berbalik cerita RUSSELL TAYLORS yang aku beli ni ..
Setelah membuat pemerhatian yg sewajarnya, Russell Taylor Air Fryer aku ambik sebagai pembantuku di rumah.
Dengan segala pertimbangan yg wajar. Harga RM229. Kemudian campor kos penghantaran jadi RM234 di Lazada. Inilah yg terbaik menurut perkiraan ku. Wajar dengan harga nya. Mengapa bayar lebih jika dia mampu bekerja seperti mana air fryer yg lain?
Sampai sampai di sekolah kami dah test mengoreng keropok lekor. Tanpa minyak . Dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 min , keropok lekor siap masak namun sedikit kering.
Hari ni aku bercadang nak masa ayam paprika madu. Tapi ayamnya masih keras lagi ni. So aku nak cuba masak fries dan nugget harap ok seperi yg dihajatkan.
Inilah rupa nugget yg aku masak paaki air fryer tu.. tak sampai 15 minit sedap makanannya.
Ni pulak ayam goreng.. tak letak minyak minyak tu sendiri keluar dari ayam.. selama ni berapa banyak lah minyak yg kita makan.
Google punya google jumpa resepi ayam yg mabeles oleh Kak Noor. Lepas ni nak cuba aku dh bersihkan ayam malam kang aku masak . Esok masak lagi selebihnya.
Cubaan masak ayam panggang...
Masukkan ke dalam air fryer
Selepas 20 minit elok masak tapi kalau buat 30 minit lagi garing agaknya
Siap makan malam takperlu kemas dapur . Selesai!
*** suhu tetapkan 160 celcius jangn ubah -ubah. set masa je.
kalau nak beli korang pergi sini ekkk https://invol.co/cl1fibi