Rabu, 29 Ogos 2018

Russell Taylor in the house!

Cerita pasal nak beli air fryer ni sejak zaman mula mula Philips keluar . Kagum betoi menggoreng tanpa guna minyak. Lepas tu dengar pulak Prof Muhaya cakap kalau ada modal ( duit) belilah air fryer baik untuk kesihatan keluarga. So mmg aku semat baik baik dalam hati nak beli air fryer satu hari nnt. 

Entah macam mana terbuka pula hati aku nak beli benda alah ni setelah sekian lama niat berkubur. Tengom tengok Lazada berpuluh brand air fryer ni cuma tinggal nak yang mahal ke yang murah.Prinsip aku "mahal tak semestinya elok, murah tak semestinya selebet. "
korang tengok aku beli pressure cooker philips baru RM299 kat Lazada ..fungsinya sebijik macam Noxxa rege 700..skrg latest jual kat Lazada RM600. mahal kan ..kalau fungsi lebih kurang sama kenapa nak bazirkan duitkan...

so..samalah dengan AIR FRYER ni ..aku dah pergi Jusco nak bandingkan rege ..mmg tak lah aku nak beli kat Jusco .Majoriti semua mahal seratus ringgit dari apa yang Lazada jual. Dan kalau boleh beli yang fullfilled by Lazada sendiri. sebab apa paa yng buruk lazada akan ambil tanggungjawab. kan...

Lega air fryer aku sampai berbalut plastik.Walaupun kotak nya tak berbalut. semua org tahu aku beli air fryer. haaha..tapi biarlah bukan aku nak riak pun pakaiair fryer. Benda murahkan ..bukan nya mahal..

oklah berbalik cerita RUSSELL TAYLORS yang aku beli ni ..

Setelah membuat pemerhatian yg sewajarnya, Russell Taylor Air Fryer aku ambik sebagai pembantuku di rumah. 
Dengan segala pertimbangan yg wajar. Harga RM229. Kemudian campor kos penghantaran jadi RM234 di Lazada. Inilah yg terbaik menurut perkiraan ku. Wajar dengan harga nya. Mengapa bayar lebih jika dia mampu bekerja seperti mana air fryer yg lain? 

Sampai sampai di sekolah kami dah test mengoreng keropok lekor. Tanpa minyak . Dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 min , keropok lekor siap masak namun sedikit kering. 

Hari ni aku bercadang nak masa ayam paprika madu. Tapi ayamnya masih keras lagi ni. So aku nak cuba masak fries dan nugget harap ok seperi yg dihajatkan. 

Inilah rupa nugget yg aku masak paaki air fryer tu.. tak sampai 15 minit sedap makanannya. 

Ni pulak ayam goreng.. tak letak minyak minyak tu sendiri keluar dari ayam.. selama ni berapa banyak lah minyak yg kita makan. 



Google punya google jumpa resepi ayam yg mabeles oleh Kak Noor. Lepas ni nak cuba aku dh bersihkan ayam malam kang aku masak . Esok masak lagi selebihnya. 

Cubaan masak ayam panggang... 

Masukkan ke dalam air fryer

Selepas 20 minit elok masak tapi kalau buat 30 minit lagi garing agaknya

Siap makan malam takperlu kemas dapur . Selesai! 

*** suhu tetapkan 160  celcius jangn ubah -ubah. set masa je. 

kalau nak beli korang pergi sini ekkk https://invol.co/cl1fibi

Isnin, 27 Ogos 2018

Air Fryer : Russel Taylor ok tak ?

UPDATE:

Ok sangat Russell Air fryer dan 2 tahun aku pakai sejak 2018, cuma basket dia dh terkopek ...so aku kena email mintak nak beli yang baru 

apa resepi yang aku dah buat pakai airfryer..selalunya bakar ayam utk nasi ayam lah ..sebab tak payah kotorkan minyak
kemudian aku selalu guna buat goreng nugget ayam segera macam ayamas tu ..

ada sekali aku buat kek cheese burnt jadi weh ! lawa pulak tu kek aku ...korang boleh tengok post aku pasal airfryer

pastu kalau nak buat sambal pun boleh goreng kan dia ..nak buat nasi lemak goreng ikan bilis..nanti ni nak raya kita boleh goreng kacang tanah masa nak buat kuah kacang ..

pada aku sangat membantu air friyer ni oklah itu je nak share ..

*****************

alhamdulillah ..aku cuba diet hari ni . aku bawak bekal dan tak makan di kantin, selalu aku makan nasi dan air kopi atau nescafe tarik. tp tadi aku bawa telur scramble dengan sayur salad. 

aku berjaya tak minum manis cuma minum green tea.

tapi tadi out jugak bila aku amik roti dekat jusco dan malam ni aku amik karbo , mi goreng. dan alang alang aku melantak aku completekan course makan malam aku dengan ice ceam potong dan coffe sebagai penutup.

ok aku rasa happy sebab masa kat sekolah aku tak la lapr. rasa kenyang je ..between makan telur tu aku amik limau sebiji. minum green tea dalam 4 cawan .

esok aku yakin akan mula lagi ..aku kurangkan amik nasi atau karbo dan satu habit ni mst aku buang iaitu minum kopi manis. 3 in 1. so aku akan bel decaffine dengan gula stevia. ni aku akan cuba . 

sp esok mula hari pertama aku semula. 

dan balik sekolah samapi jam 5 aku pergi cycling keliling taman . Insya Allah niat nak sihat.



baru start amik vitamin 

cukup hari ini ..semoga esok aku mampu diet dan exercise dan sihat ....insya Allah 

Sabtu, 25 Ogos 2018

HEY..HO CHI MIN !!!!

Last last termakbul jua harapan aku nak ke Ho Chi Min selepas kawan kawan aku dah selamat ke Ho Chi Min ..siapa? Kak timah and the gangs, Ecot Mas syikin dan terbaru Jid.

so lepas aku tengok tiket nak ke Hi Chi min baru 300 lebih aku pun ajak suami aku..last dorg pergi dlm 500 lebih so kira aku dpt murahlah !..pikir punya pikir aku ingat nak tinggal budak budaktu kat shah alam susahlah pulak sebab sekarang Mama dah pindah Ipoh .so kitorg ecide nak pergi bawa Orked ..atleast tak susah sangat jaga budak budak tu ..cuma Iyad Ihsan dan imran. Plus, imran pun dh habis UPKK .so jika di izinkan Allah next year nak bawa diorg ke Perth. 

itu pun nak pakai duit dividen ASB ..boleh lahkan ..yang tu nnt aku akan buat satu lagi kertas kerja kajian serta selok belok yng patut aku lakukan sebelum ke sana . 

oklah stori dulu bab Ho chi min ni ..

aku naik VetJet ..tiket utk kami bertiga sekitar 1k .. oklahkan 

Hotrl pulak aku duk Hotel 3 bintang je Bloom Saigon. aku dapat sebilik RM98 leps pakai kupon Traveloka dapat diskaun RM10. dan masa beli tiket flight aku dapat less 31 hinggit. nyesal tak beli tiket asing asing dapat diskaun 31 ringgit dua kali. 

Aku rasa dengan harga RM98 semalam ko tak bleh aspect dpt yg grand grand cukup sekadarnya . 

jap eh ! kita nak kemana tu?

ok jom set itinerary nya 

Jumaat 12/10/2018

flight jam 1 tengah hari sampai jam 2 lebih .
sampai sampai ambik bus ke ben thant. dah boleh jalan jalan dh jalan jalan dah ..
sampai malam . 
aku nak makan kat sini .

1. Restoran Halal Amin – Pho Muslim

2. Kopi Vietnam Kakak Tshirt Kuning



oklah banyak sangat benda nak makan ...kang gemok bising .hahah
aku nak jalan jalan kat bandar dia .nak tengok Hard Rock Cafe, nak tengok pejabat pos, sg mekong tak apsti nak pergi ke tak..macam malas.. 

oklh dokan segala urusan aku dipermudahkan Allah SWT. Amin.

yeay nak terbang lagi .....✈✈✈✈✈





Jumaat, 24 Ogos 2018

ISU VIRAL FB!


kawan aku share dalam group. Aku tahu macam tuju pada aku. Yelah dalam group tu yang keje kami bertiga ..dan dalam ramai tu aku yang paling tak setuju kalau isteri jenis meminta je pada suami..

mmg betul suami menyediakan keperluan isteri sebagai tuntutan nafkah ..tapi jangan lupa pada perkataan " mengikut kemampuan suami" bukan mengikut kehendak isteri. kalau suami sangat mampu ..silaka dan pada nya kegembiraan menyediakan segalanya utk isteri..nak beg LV belikan nak bercuti ke Europe dibawa silakanlah ...untunglah kalian. Namun kalau dpt suami yang tidak mampu nak menyediakan semua tu maka isteri janganlah membebankan suami 

walaupun kadangkala aku jealous dengan suri rumah yang suaminya sediakan segala keperluannya ..seperti belikan handbag, belikan barang mekap, bawa bercuti semua nya suami beri..yelah isteri tak kerja macam mana nak berikan sumbangan kewangan ..maka isteri berikan sumbangan tenaga..

kalau macam kami yang bekerja ni disebabkan kami bekerja maka kami FAHAm dan AKUR segalanya perlu dibahagikan sama rata..nka bercuti seorang bayarkan Hotel, sorang banyak toil dan minyak, bila makan keluar selang seli...jangna berkira sebab yang kita belanja tu pun suami kita dan anak anak kita.

Entahlah pada aku aku lebih suka bekerja dan ada kewangan sendiri daripada bergantung sepenuhnya pada suami dan bab menghabiskan duit suami terpulang pada definisi masing masing..ko suka ke kalau ko pakai hanbag mahal tapi suami kau nampak lebih kurang aja janji ko happy, atau suami pening tak cukup duit kita horray hurray je guna duit suami ..taknak kannn??? 

so kita decidelah kita nak happy sorang atau happy sama sama

ni cerita nya kalau gaji suami suam suam ..tapi kalau suami kau ada kompeni apa hal ?
entah lah bukan nak cakap suami kalau nak buat hal tak payah nnt dia kaya ..yang miskin papa kedana pun buat hal..

tulah dulu orang  kata  pikir baik kawin dengan lelaki kurang hensem atleast dia takkan duakan kau ..dari suami hensem takut kang kena tackle perempuan lain...masalahnya apa jadi kalau dh lah tak hensem pastu jahat laknatullah macam mana tuh..kalau hensem atleast ko dpt gak hensemnya tuh ..kehkeh...jangan kaitkan suami aku dengan cerita ni ek..hahah

so apa cerita asalnye ni ya?

hah pasal perabihkan duit suami ..hahha...tapikan mak mertua aku pun cakap orang laki tak boleh ada duit lebih kang pergi ke lain ..kalau pergi ke anak bini takpe..

ada benarnya jugak..kawan aku suami dia keje besar kat petronas ..dia kata dia lebih rela suami dia tukar ganti kereta ..biar duit habis ke kereta dari berbini baru..

tulah nak cakap kita ni perempuan mmg takut dimadukan ..tapi kalau takut sanagt benda tu jadi pada kita ..kalau aku rasa macam down je aku akan dengar balik ceramah Prof Muhaya atau pun Ust Ebit Lew. Cari balik apa matlamat kita hidup didunia .Allah SWT tak suruh kita sayang laki kita macam kita punya 
tapi Allah SWT suruh kita sayang suami kita kerana ALLAH SWT yang suruh. Kita sayang kerana Allah SWT. 

Jadi kita serahkan segala urusan hidup kita kembali padaNya. Jika ditakdirkan kita diceraikan atau dimadukan itu atass kehendakNya. Sebagai hamba kita berbalik pada jalan keluar yang Dia sediakan pada masalah kita.

Aku akan mulakan dengan mohon petunjuk Allah SWT sama ada aku teruskan atau tidak 
Jika aku rasa kebaikan aku meneruskan hidup bersama ada pada ku agamaku dan anak anak aku,aku akan teruskan namun jika tidak pergilah ke Mahkamah Syariah dan utarakan masalah pada Hakim . 

Jangan dia buat hal kau buat hal sama . Kalau macm tu kau dan dia sama sama setan! itu bukan membawa ke jalan keluar malah menyimpulkan lagi keadaan.

Perempuan ingat ; bagaimanpun hina engkau diperlakukan selagi mana engkau tidak berbuat dosa kepada Allah SWT Allah akan sentiasa di sebelah mu. 
mungkin penceraian itu Allah SWT tentukan untuk menemukan engkau dengan jodoh yang lebih baik dari suami mu. Percayalah jika dia lelaki yang baik dia tidak akan melakukan maksiat ..berkahwin secara menipu dan perkara perkara lain. 

Sebelum isu ni ada isu pasal Fasha Sandha up komen peminat dia yang tegur dia berpakaian seksi. Secara peribadinya aku menyatakan cara perempuan itu tegur agak kasar namun fasha Sandha juga salah jika dia tidka mahu komen kenapa berpakaian sedemikian rupa. 

Hari ini banyak orang kata ini dosa antara ku dengan tuhan . Masalahnya aku yang berdosa kerana melihat kemaksiatan tapi tak tegur. Dosa enkau dengan tuhan dan tanggungjawab aku menegur juga adalah antara aku dan tuhan. Namun cara nya bagaimana ..itu harus diperbaiki . 

entah lah...dalam keadaan sekarang ni bila ku lihat balik kisah mak abah yang sakit ..aku akn teringat sebenarnya itulah pengakhiran yang kita perlu siapkan .itu lebih kita takuti berbanding hal hal lain . 

aku nak bercakap pun aku belum tentu sempurna . 

oklah Minggu depan aku nak start pergi jumpa doktor gigi .Aku nak buat cuci gigi dan nak tanya pasal aku nak pakai braces ni macam mana . hari tu aku pergi doktor tu kata gigi aku taklah teruk mana ..tapi aku ras amacam makin lama makin tak cute pulak ..

mana tau dengan membaiki gigi aku ni aku kan lebih konfident kannnn..lantak korang lah...semua tak sapot aku .nyampah !

REVIEW HANTU KAK LIMAH 2018


Cerita ni dah lama gamaknya deme berlakon nye..sampei meninggei sorg pelakon utama dia tapi tak tayang tayang Rabb Khalid yang berlakon jadi Yeh.

overall cerita ni mampu menarik minat aku ke panggung wayang..aku bagi 4 bintang belum sampai lima sebab ada part part yg aku rasa ada hang sikit

dia dah sampai klimaks kat part diorg pergi umah kak limah nka check sama ada mak limah hantu atau tak ..sampai part sini cerita mmg teratur ..sah! yg dalam rumah khuda tu bukan kak limah tapi hantu kak limah...


orang masih menunggu ending cerita nk tahu siapa sbenarnya hantu tu...ok..tapi part zul ariffin masuk aku masih boleh layan lagi ..

tapi adegan berlari lepas jumpa hantu tu kerap sangat..naik jemu pulak...sampai boleh teka...hahah..oklah

tapi aku suke sebab dia guna loghat org kampung aku bahasa perak exactly kat kuale..mmg kenalah dengan hati aku 

tapi aku agak terganggu dengan part uqashah keluar..t*t*k dia tak sepatutnya sebesar tu mengganggu betul org nak tengok movie..tercuri curi nak tengok benda alah tu sepatutnya yg tu mamat khalid lebih berhati hati ,kalu boleh jangan pernah ada unsur unsur tu dalam cerita..sikit sikit tu kita fahamlah ..

seterusnya babak yang tiru cerita pendekar budak lapuk ..katanya itu tribute kan so kita acceptlah..pandai betul dia pilih pelakon khuda tu selenge betoi ghupanya kena dengan watak tu..geram jugak ..selenge selenge pun kawin org bunian ..hahah

oklah kalau belum tengok bolehlah tengok ..kelakar ceritanya ..tertunggu tunggu every scene...ok ..tahniah mamat khalid!. 






Khamis, 23 Ogos 2018

SHORT VACATION MALAYSIA 2018 !!!

kawan aku mesej..." Ama nak pergi mana kalau tido satu malam ?"

senyum aku .dah macam Travel Agent pulak. Aku jenis kena tahu kita nak apa ..Contoh kalau nak tengok nature ada tempatnya, kalau nak theme park lain pulak, nak laut kat PD nak apa bersesuaian dengan tujuan kita bercuti .

so memandangkan soalan tu macam umum je aku suggestkan 5 tempat ni :

1. DESARU COAST ADVENTURE WATERPARK 

Taman tema ni mmg baru sgt bukak. dalam 16 Ogos tak silap aku. korang boleh tengok kat Youtube ni 
harga tiket dewasa 75 ringgit. Korang jangan main terjah aja. sebab ada hari hari tertentu dia tutup bukan dia bukak setiap hari tau ..benda baru kann. Aku baca review ada kata jauh sgt kat Desaru baik g Sunway Pyramid ..entah akupun tak tahu ..tapi kalau ko tak pergi mana nak tahu kann..pergi jelh itu semua kenangan ..

2. GENTING HIGHLANDS 
ramai cakap belum siap ..mungkin suku tahun 2019 baru siap ..aku tengok orang post pun mmg belum siap lagi ..tapi oklah kalau nak naik keta kabel dan tidur kat tempat sejuk ..ada hotel baru butik hotel cantik gaks..hahah

3. JANDA BAIK

kalua suka nature boleh datang sini ..mandi sungai dia best gak..macam balik kampung sendiri...kenapandai pilih chalet yang best lah 

4. SUNWAY PYRAMID. 

Aku belum pernah g sini Teringin jugak masukkan ..tapi kalau main benda benda yg tinggi dan laju cam roller coaster tu aku taknak ..rasa putus nyawa ..

5. Putrajaya..

Cabin Hotel bunyik cam best tak pun ko lepak kat Hotel Pullman mahal sikit hahahah...

6. Paling lekeh ko check in je mana mana hotel kat melaka hahahh..macam kawan aku buat ..tido semlaam kat The Pines, atau Hilton atau dekat PHILEA resort ...tak pun Rosa hotel...best gak ! pastu g mana mana mall tengok wayang ..hahah..

Hotel Rosa 
The Phillea Resort 


ok ..Jumpa lagi ...






Lavender Garden , Cameron Highlands 2018

Day 2.

Kami memulakan hari dengan mencari breakfast. Asal nak makan dekat dekat je sekali terlajak sampai ke Tanah Rata. aduh! lupa esok raya haji banyak pulak kedai  melayu tutup. 

entah macam mana terjumpa kedai jual breakfast. itu pun dia jual nasi lemak je.. takde menu menu lain mmg best lah rasa nasik lemak dia ... sedap ya Ampun! regu kan pulak dengan teh tarik terangkat beb! 

lepas makan kami mulakan misi naik mendaki Ladang Boh sg Palas. 

kami masuk jam 9.15 pg. tempat ni mula dibuka jam 9 pagi dan tutup setiap hari Isnin. 
Jadi nya kalau nak dtg Isnin dia tutup..susah jugak mana mana yg tak tau dtg dr jauh tertiba tak boleh masuk..kesian kann ...teringat jugak Birmingham Palace pun ada masa masa nya ..eh ! london pulak 

ok lah masuk percuma takde bayaran tapi makan standardlah rege ..teh seteko pun RM4 lebih ..tapi takpe ko suh dia topup air panas bayar 50 sen je.. dpt minum teh lagi. 

sama je rasa macam teh boh ..tapi ni minum sambil melihat permandangan yang cantik sejuk sejuk ..kira feel lah jugak kan ...hihhi

oklah meh tengok gambar sekitar ladang teh

hijau saujana mata memandang ..ladang teh seluas luasnya ...


ihsan seronok tak? seronok ibu ....


bagaikan sebuah lukisan alam 


menaiki laluan di celah  ladang teh utk ke restaurant tergantung








apsal semua muka ihsan....




itulah restorean yang macam terganrung tu..


mata pandang mana tu 
walaupun lepas makan , tapi memikirkan entah bila nak sampai sini balik so aku pun belilah kek dan scone barang seketul dua ..dengan teh dia yg mmg 'susah' nak dapat hanya ada kat Cameron ni je ..hahah ok! aku tipu ..beli jelah teh boh tu ..aku beli kat meden je ..hihi

kira nye pergi sini tak climax lagi percutian kitog ..part climax kat bawah ni ...👇👇👇👇

oklah bila dah check out bagai dalam jam 12 tepat sebab aku tak nak kes kena tambah bayaran apa apa..so kitorg pun bergerak ke simpang pulai ..nak balik kuala kangsar kononnya nak raya sana ..tapi memandangkan semua balik kg masing masing so kami tak jadik balik ...

ok ..tak jauh sgt jumpa dh lavender garden ni ..asalnya aku ingat kat Ringlet..pastu suami cakap kalau ringlet dah lepas atas sekali sebelum tanah rata ringlet..ala frust mak nak! ..aku pun takpelah takde rezeki kan ...tiba tiba ada sign board unjuk arah lavender ni apa lagi happy gila ahhh

tu dddiaaaa...amacam cun tak keta aku ! hampeh hahah

seba baik lah org taklah ramaiiii sangat ..ok lah ..maka aku pun bergegas ngn anak pinak aku masuk lavender garden ni ..harga tiket dewasa 1o kanak2 5 tahun ke atas 7 ringgit . 



ni muka depan dia..awal lagi iyad bagi bontot meluat 

ni baru permulaan ada lagi gambar best kat dalam 

tu dddia..ko dpt bayangkan tak kalo ko g Hokkaido jepun yang ada ladang sebesar besar ni..bestkan 

anak anak aku..insya allah nak tambah kelima 

POI: Putri Orked Imani 

my anak dara

hidung lain keturunan 

cantikkan ?

merimbun pokok ni 

muka diorg pun tak sama 

oklah taman ni taklah besar mana ..just nice utk org macam aku yg malas berjalan jauh jauh ..ni tgkat bawah atas ada lagi bunga lain lagiiii cantik ..semua bahagian rasa nak amik gambar ..so bawak tepon 7 plus ipong ..baru puas hati heheh

ni bunga kat belah atas


yogurt strawberry..satu 8 ringgit beli empat ko kiralah ..

tempat makan ni belah atas 
bila dh sampai tempat tempat camni mesti nak duduk makan ..harga ko tutup mata jelah ..kan nak jalan ..kalau kira kira banyak sangat ko dok rumah mmg tak kuar sesen ..jangan marah arr..time jalan kita dh siap spend kan duit so kita bolehlah belanjankan ..
habis hati lah dapt makan 


Lavender from Taiwan ...

eh eh ..dalam banyak bunga bunga ada manusia pulak 

bolehlah...

ada mesejid tapi kuncilah pulak 

ni kalau suami aku amik gambar entahlah ..peningsss mak

tq bang amik pic kitorg ...

ni kapsyen aku palinggg winn hokey!

tq ihsan pejam mata 

kenangan Cameron Highlands 2018

OOTD lengan sado 😆😆😆

orked ngpe nakkk?


obvious di situ tudung tak iron hahahah


hahh...oklah ..sebenarnya banyak lagi gmbar dan semua cantiuk cantik rasa geram sgttt...


so lepas ni project aku nak buat photobook Cameron highland pulak .ari tu singapore.

hrp membantu klaian yang nak cuti ke Cameron ...kost aku tak kira anggap je burn 1000 masuk minyak tol dan makan makan semua . tunggu jelah gaji next month hahah





Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...