Isnin, 2 Oktober 2017

Hadiah Terindah

Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Alhamdulillah 
Syukur Ya Allah 

Pagi pagi aku sampai sekolah Kak Yan Kerani cakap “ tahniah ustazah ... good job! “ aku senyum senyum. 

“ nanti jap kak sy nak jumpa En Zul. GPK 1. Esok aku nak masuk lewat bawa Iyad jumpa pakar mata. En Zul tanya , “ Ayahnya?” 
“ kursus...”! Wah ! Baru nampak ketegasan En Zul di situ. Kalau tak dia jenis tak kesah je. 

Dah alang alangv jumpa aku bagitau nak amik CRK jumaat ni. “ ada apa?” Aduhh! Mmeg mampuih aku. “ urusan mengikut suami..” ceh! Sebenarnya ko nak ikut suami g Penang short vacation . Adoi! Tp hari tu jumaat 12 tengah hari abih sekolah. So aku tak banyk waktu ada 2 waktu je form 1. Nnt aku bagi kerja. form tu time ti kemas dewan utk Pt3. Aku pikir dh semua tu .. pergh! Seb baik En Zul suruh isik borang CRK online. 

Aku berlari ke tempat kak Yan. “ Kak Yan .. Kak Yan apa cerita..” 

“ pengetua cakap ustazah but bagus .. menangis dia tengok video tu ..” 

“Tuan  Haji Rashid cakap sekolah ni ada Multimedia. Tapi pengetua kata bukan orang multimedia buat ustazah yang buat “.. hahah aku gelak ! 

“Lagi lagi..”aku tanya.

“Pengetua ada bagi benda kat ustazah. “

“Hah. Apa ?”


“ Ni..” Kak Su pula unjukkan satu sampul kecil 


Terharu! 

Tengah hari tu CC fatimah dtg bilik guru cerita lagi pasal pengetua cakap pasal montaj. Pengetua beritahu siap forward video tersebut dekat family. Hahah.. 

Pasal kad ni sebenarnya bukan aku seorang yg dpt. orang lain pun dapat jugak . Termasuk kak Fazira. kak Roihan dapat buku. kak Kalsom dpaat minyak wnagi body shop. Tak kisah lah . Yang penting kesudian dia menghargai kami. 

Tapi timbul pula isu kecil hati bila ada yg dpt dan ada yg tak dpat . Allah! Payah juga ya nak memuaskan hati semua pihak. 

Pada aku itu hak dia . Samaada nak bagi atau tidak. Siapalah kita kan . Tp orang akan cakap , boleh lah ko kata gitu sebab ko dpaat kan. Hurmmm betul jugak kan . 

Biaslah lah perempuan penuh drama . Macam aku jugak ... hahha.. ok ok . Pengetua kata lagi sepanjang dia pergi majlis persaraan tak pernah org bagi tumpuan pada montaj sama seperti malam tu. credits lagi. Ada yg tanya macam mana aku buat. Bila dengar aku edit pakai Hphone aje semua terkejut. CC tahu sebab aku ada jumpa dia tanya pasal macam mana nak buat video ni. So mmg aku ada sharing lah dnegan CC. 

Nampaknya dah masuk hari kelima . Kisah majlis persaraan pengetua belum lagi reda cerita pasal montaj masih kedengaran . Kak Ruhaizan dah upload dalam Facebook. Aku tak upload. Sebab aku rasa kita kita je faham cerita tu. Orang luar yg tengok takkan rasa feel yg sama. tambah yg tak kenal pengetua .. mmg takkan fahamlah. 
Pengarah suka dengan video tersebut. Tak habis habis memuji. Sebuah karya yg baik. 

Hurmmm... aku suka . Tapi takut pulak .. kalau lama sangat cerita ni akan menimbulkan kebosanna org lain. Tambah tambah yg mmg dari awal tak selesa. 

Majlis dinner akhir tahun sekolah pada 27hb Oktober. Temanya red carpet. Aku belum ada baju yg sesuai. Hurmmm nak pakai apa ya? Teringin nak pakai baju yg grand grand . Tapi malu pula. Apalah persepsi org kalau aku pakai baju fesyen fesyen . Apapun kena kurus dulu. Baru senang cari baju. 

Kalau sekolah aku buat dinner mmg gempak. Siap diorg pergi sewa baju kat butik pengantin tau! Kau ingat apa.. hihi aku ni level minah pompom je dtg cuma nak makan. Tak pernah aku expose bagai. Datang pun pakai baju tak ikut tema. Ada calit lipstick tu pun dh habis cantik. Hahha

So ada terfikir nak berbaju yg sesuai dengan dinner. Takut org terkejut lah pulak. 
Hahah. Inilah warna warni cikgu dengan pelbagai cerita. Di samping mengajar kami tak lepas dari tugas tugas lain. Semua nya menjadi rencam dalam sekolah. 

Akhir tahun bulan nov dan dec kita cuti. Januari kita start enjin semula. 

Masih menjadi tanda tanya siapa yg jadi pengetua. Pagi tadi waktu Cikgu rosli tumpang park kat parking pengetua semua ingat pengetua baru dh sampai . Hahha.. 

Oklah . Panjang sgt post post yg berkaitan pengetua bersara. Hahha.. bermusim nak habis. 

Ok 
Bye xoxo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...