Jumaat, 13 Oktober 2017

Kismet; Sipnopsis Cerekarama TV3


Sipnopsis Drama Kismet. 

Cerita mengenai rumah tangga yg bakal berakhir kerana org ketiga. Cliche kan ? Lakonan mantap Eman Manan dan Vanidah Imran. Tua betul nampaknya Eman Manan.hahah... dah 58 kot ke 60-an. 

Aku berikan sipnopsis aku bentuk point. 

  1. Hubungan terlarang makan setahun dan kau harap isteri kau layankan kau baik . Tak hairan lah Shah dan Farah tidur berasingan. Dan Shah kata dia dah takde perasaan pada Farah. Mmg lah dah kau curahkan semua perasaan ko pada yg haram mmg lah kau tak nampak apa apa pada isteri kau melainkan segala bentuk keburukkan. Pointnya lelaki kau patut tanya kenapa isteri aku berubah? Apa penyebab hubungan ini pudar? Cari jalan selesaikan bukan kau cari pengganti bini kau. 
  2. Bila lelaki dh bergelumang dengan benda haram bukan kata dia tak layan isteri perintah Allah pun dia langgar! Dia tak solat . Apa makna kau duduk dah macam suami isteri keluar masuk apartment perempuan tu. dan kau tak hairanlah bini kau selama mana kau ada selimut baru. Allah tutup mata hati kau utk menilai mana kaca mana permata. 
  3. Lelaki bila dah kemaruk tiada siapa boleh halang! TIADA. Fullstop! 
  4. Apa lagi yg kau harap dari lelaki yg CURANG. Bukan sekadar makan sama . Dah buat seks sama !! Mmg perpisahan jalan terbaik! Tapi wanita.. hatinya mudah memaafkan. So sad.
  5. Bila part Farah minta “ kembalikan kebahagian rumah tangga kita sebelum bercerai sebab Niah nak UPSR” maka diorg spend lebih banyak masa bersama. Sehingga Shah ( Eman Manan) mengetuai solat Jemaah. Kembali solat. Dan bila dia solat dia tidak lagi memegang perempuan itu kerana apa .hukumnya Haram. So pengajaran nya, Solat dpt mencegah kamu dari maksiat. Dan formula ini betul. Tp ada je yg pura pura solat blkg buat maksiat 😭😭😭 mungkin solatnya sia sia. 
  6. Ending, Eman Manan atau Shah tak jadi ceraikan Farah dan tak jadi kawin dengan Nora. Pada pagi kononnya nak surprisekan bini nya pada anniversary mereka bini nya meninggal dunia .
  7. Pandanglah isteri dengan pandangan mawaddah wa rahmah. Allah akan mengampunkan dosa dosa keduanya. Bila part malam yg Farah cedukkan nasi suaminya, masatulah Shah perasan betapa cantik dan istimewanya isterinya. Namun sayang segalanya telah terlambat. Farah takkan berpatah balik. 
  8. Kejujuran sesuatu yg mahal dari isteri yg takkan dapat dari mana mana perempuan yg MURAH. ( lebih kurang lah 😝kata kata akhir Eman Manan)  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...