Jumaat, 13 Oktober 2017

Putaran Hidup

Sudah tidak kedengaran lagi cerita montaj dan persaraan pengetua. 9hb Okt hingga 11hb pelajar menghadapi PT3. Dan aku sibuk menjalankan tugas sebagai guru buat relief. 

Apa guru buat relief ni? 

Ok . Bila guru guru kena bertugas keluar samada kursus , mesyuarat atau lain lain tugas . Kleas guru tersebut perlu diganti oleh guru lain. Termasuklah guru yg bercuti sakit atau Bercuti rehat khas. Ini bertujuan mengawasi murid sementara guru tiada. Yelah, kadang kadang time guru relief lah ada kes berlaku. Budak gaduh, jatuh, kemalangan, couple buat ringan2 dan sebagainya. 

So aku ditugaskan buat Relief iaitu menyusun siapa yg kena masuk kelas yg tiada guru. 
Yang mudahnya bila pelajar dicutikan secara bergilir. isnin dan rabu pelajar form 1 cuti. Selasa dan Khamis pelajar Form 2. Maka banyaklah guru yg tidak mengajar akan digunakan utk merelief kelas pengawas tingkatan3. Termasuk guru guru yg MC dan kursus di luar. 

Selalunya org yg buat relief ni org bengang . Yelah time org nak rehat kena masuk kelas guru lain pulak kan.. tapi benda ni macam roda. Esok time ko cuti org lain pulak jaga anak murid kau.. kan! 

So minggu ni aku sebagai pembuat relief mmg tak delah lepK sgt aku akan duduk di pejabat menyiapkan relief hari esok nya dan esoknya lagi. RPH aku dh buat secara online. Dalam masa yg sama aku sempat siapkan soalan exam akhir tahun Tingkatan 2 siap dengan skema. Dan lega sebelum cuti aku sempat submit utk direso. 

Aku mmg kalo boleh malas nak tangguh kerja kerja ni. Ok. 

Aku juga baru dpt tahu kawan sekerja aku Kak Ila suaminya disyaki mengidap kanser colon tahap 4. Allahu Robbi.. besarnya ujian dia. Anak anak masih kecil termasuk umur 5 tahun seorg kalau tak silap aku. Yang sulung di universiti. Terkejut jugak dengar. Penyakit ini sama seperti Kak Jj kena. Ya Allah .. benarlah jika Allah nak tarik nikmat sekelip mata sahaja. Tanpa isyarat. 

Benarlah hidup ini ujian. Ujian sama ada kita bersyukur atau tidak dengan segala ketentuan Allah. 

Aku juga sedang menghadapi ujian. Namun sebagai hamba Nya aku redha kerana aku yakin setiap yg Allah tentukan adalah yg terbaik utk aku. Untuk mem positive kan diri sendiri bukan sesuatu yg mudah. 

Jangan pernah kita menghukum seseorang atas apa yg berlaku sebab kita sendiri tak tahu apa yg sebenarnya berlaku. Nyesal pulak aku kadangkala terlalu mudah memberi komen isu isu org. Sebaliknya kita berdiam diri kerana bukan kita berada dalam circle ⭕️ masalah tersebut. Hanya yg menghadapi nya sahaja yg tahu. 

Aku mula diet. Malam elak makan nasi. Tapi mmg beza kenyang makan karbi dengan makan protein. Tadi aku makan ayam goreng Oily. Tapi aku tak amik nasik. Malam aku makan kuew tiaw konjac tu. kenyang tapi masih berasa lapar. Sebab tak sama makan nasik. Aku pun tak faham perut aku ni. 

Cuba korg google tips Rahim Sepahtu Kurus . Mmg awesome. Yg aku perasan dia jogging 3KM. Ni aku akak cuba tiru. Dia tak minum smeua benda manis, tak makan nasi, amik sup, takde goreng2, buat squat, amik dua sudu brown rice. Wah! Mmg mental kena kuat! 

Add caption




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...