Isnin, 2 Oktober 2017

Tadika Iyad

Hari ni aku mengamuk lagi dengan tadika Iyad 
Teacher dia telefon cakap “ akak tiub iyad terbuka habis baju dia kena .. dua dua baju dah kotor. Skrg iyad takde baju saya pakaikan dia dengan tuala. “

Pelik! Aku dh bekalkan iyad dua pasang baju. Dan ada juga dua seluar dan satu t shirt tadika dia kasi pinja aku pulangkan. Bermaksud ada lima pasang termasuk baju sekolah yg dia pakai. 

Aku pun bergegas amik iyad . Nampak dia pakai tuala. Dr kereta aku cakap .. falam beg dia ada baju tadika aku pulangkan . Baru cikgu dia bukak beg dia. Baru dia tengok apa ada dalam beg iyad. Ya Allah geramnya aku. 

Sbelum tu aku dan berkonfrontasi dengan cikgu dia bila kes aku bagi baju bersih berpasang pasang bila aku check beg dia ada baju berbau hancing di campur dengan baju bersih . Ko tak hangin ke? 

Cikgu mmg taknak check ke beg sekolah ada baju atau takde baju. 

Iyad mmg tak sempurna macam budak lain 
Iyad 6 tahun tapi belum boleh membaca
Iyad masih kencing dalam seluar waktu malam kena pakai pampers
Iyad ada tercirit
Iyad ada lubang kat perut ada tiub. 
Iyad kena selotep perut 
Iyad kabur
Iyad tak berapa pandai

Kalau iyad mmg begini .. tolong lah bagi tumpuan lebih sikit. 

Cer korang fikir kalau cikgu biarkan aja iyad di sekolah mmg lah jadi macam tu

Dia tak pamdai baca aku tak cakap apa sebab aku tahu iyad sendiri tak minat belajar
Iyad suka main 
Iyad tak nampak 
Iyad ada masalah penglihatan
Insya Allah iyad akan pandai membaca satu hari nnt aku yakin . 

Tolonglah jaga dia sementara aku kerja. 
Jaga pakai makan minum dan tidur dia

Tak pandai takpe. Aku tahu tahap kemampuan anak aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...