Isnin, 2 Oktober 2017

Hati berbunga

Hari ni aku ke sekolah dengan sisa sisa gembira malam persaraan pengetua.

Kak zoraini cerita masa nak ending isteri pengetua tanya “ siapa buat montaj ni?” Kak zoraini cakap team ustaz dan ustazah.. hahha .. pengarah pun tanya benda yg sama.

Org ingat ini team work. Maksudnya video tu dihasilkan bersama. Sejujurnya mmg aku yg buat seorang.

Tapi aku berterima kasih utk penambah baikkan dr Cikgu Heirman dan Cikgu Mus. Ustaz tak memberi motivates langsung! Sakit hati😔

Tp aku tak kesah pun kalau org kata ni team yg buat. Jgn tamak sangat!

Org terkejut bila aku kata aku record video pakai iphone saja.
Edit video pun dengan iphone.

Siapa pilih lagu?
Aku jugak.

Actually pengetua hanya tengok 20% je content video tu. selebihnya dia tak tengok. Bukan dia juga yg suruh buat itu ini.

Kalau tak tak jadilah kan surprise.

Rugi aku balik awal. . Kalau tak dpt salam dengan pengarah. Hurrmmm.. biarlah kang ko bangga diri pulak. Dan satu nya elok aku balik awal biar jadi tanda tanya siapa yg buat video tersebut. Hahha


Next, aku dh bayar utk gym sebulan. Nnt aku boleh pergi gym bila bila masa yg aku suka. Aku berazam nak bakar 700 kalori sehari tadi aku dpt bakar 500 kalori. Tp aku masih tak jaga makan . Itu yg buat berat badan tak turun. Tapi aku perasan postur dah mula nampak. Adlaah pingang sikit.

Lepas ni cuba jangan minuman bersusu. Seperti teh tarik nescafe tarik dan sebagainya. Minum limau panas atau teh o.

Makan nasi sikit lauk banyak.

Berat hari ni 71.4 aku yakin boleh turun. Insya Allah dlm sebulan boleh turun dua kg. Ambik masa sikit melainkan mmg aku betul betul jaga makan.

Jangan minum air manis
Dan makan benda bergoreng.

Doakan dpt kurus dalam masa dua bulan . 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...