Sebenarnya aku langsung tak plan nak tengok cerita ni. Entah macam mana dr plan aku nak ke gym aku boleh belok ke Melaka Mall tengok cerita ni.
Masa tu dh start dh . Dlm 20 minit kot . Masa aku masuk Jalil Hamid tengah marah si Beto. “ takkan kau sepatah haram pun tak tau cakap omputih?” Hahah
Dialog nya bersahaja. Tak rasa macam berlakon. Rasa macam tengah bercakap dengan ayah sendiri.
Plot cerita mudah sgt. Mengisahkan Siti Hajar anak kesayangn Wak Selamat ( Jalil Hamid) sambung belajar di Australia. Dia accidents dan koma.
Bila dpt tahu anaknya koma. Wak Selamat sanggup jual tanah nak ke Australia lawat anaknya. Siti hajar akhirnya meninggal dunia.
Bermula lah adegan sedih bagaimana luruh nya hati ayah apabila anak nya meninggal dunia dahulu sebelum nya.
Bagaimana gelisahnya ayah nak bawa balik jenazah anak tapi ditangguhkan kerana meninggal di luar negara.
Part paling meruntun hati bila jenazah sampai di kampung. Mayat di bawa masuk masjid dan dibukakan kain kafan.
Mmg lakonan Jalil Hamid menusuk ke hati. Wajahnya bukan lagi jadi taruhan. Dengarnya semasa di set pengambaran Jalil Hamid mendapat tahu kehilangan cucunya. Itu yg lebih mempengaruhi emosinya semasa berlakon.
Beto Kusyairi mmg legend. Aku suka lakonan dia. Paling suka lakonan Istanbul dan ada satu lagi lakonan sebelum tu aku tak ingat tajuk.
Ummi Nazeera mmg pandai berlakon tp aku biasa biasa aje ngn dia. Uwek ! Macam dia kenal kau!
Boleh kata keistimewaan filem ini pada penghayatan watak yg mantap dan sinematografi yg cantik . tanjung piai waktu senja dan keindahan Australia.
Penutupnya, anak itu amanah Allah. jagalah ia. Dan jangan sesekali kita memilih kasih antara anak anak. Sebab setiap anak anak pasti ada kelebihan nya masing masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan