Khamis, 21 Februari 2019

Pusat pelangsingan : scammers?

Assalammulaikum. tiba tiba aku nak menyingkap kenangan aku  "hampir "ditipu..tak sempat ditipu. 

ok..korang mesti tau kan ada pusat perlansingan yng bagi treament kali pertama secara percuma.

mesti ada kan ...pastu siap cakap akan kurang beberapa cm dr seblum buat treatment dengan selepas. 

ok..

kalau korang ada rasa nak kurus dengan treatment ni elok korang lupakan . lupakan sampai mati ..ini mmg satu benda yg sgt bodoh .aku hampir terkena.

aku tak pasti zaman sekarang wujud atau tak teknik sebegini..

dia ada dua ..satu pelansingan satu lagi rawatan rambut .terus terang aku nak bagitau tipu.

tipu macam mana?

ok ok ..aku citer satu satu . dia tak tipu dr segi betul dia berikan servis tapi dengan harga yg mahal 7k akhirnya ko tak jugak kurus dan dia kata salah ko sebab tak ikut panduan yg dia dh berikan....

so dia tak tipu kalau masuk tribunal pengguna dia pasti akan menang. 

cuma cara dia nak ko masuk skim dia tu ..nak kan ko sign  agreement dan ko potong terus 7k dr card kredit ko mmg menyakitkan jiwa. 

aku ni macam orang lain nak kurus gak cara tu . so satu hari suami aku sanggup jaga imran dan hantar aku ke pusat pelansingan ni kat Mahkota Parade.

bila dh masuk mmg niat aku nak pergi sekali je rasa best ke tak best ..
mula mula dia bawa ko masuk bilik kecil macam bilik perbincanganlah ..dia punya kakitangan staf tu semua kurus kurus dan cantik pastu majoriti chinese girl lah ..bila dh terang kan apa dia nak buat bagai dia pujuk lah aku amik treatmnet dia harga 3 ribu paling murah kot .

aku kata taknak .aku cuma nak rasa yg percuma ni .

ok.tak cukup tu dh psycho aku cakap suami tak suka perempuan gemuk.pastu dia sambung suruh aku bukan baju dengan pakai coli dan spender je dia suruh aku tengok diri ku depan cermin . gila tak ? pastu aku boleh buat aje...dia suruh tengok diri aku sendiri depan cermin . mmg aku rasa down lah ..masa tu berat badan aku dlaam 65 kg kot ..tahun 2010 kot 

dia siap cakap aku punya celah kangkang takde lubang sepatunya ada ruang antara peha kiri dan kanan..dan macam macam lagi lah dia cakap ..dah masuk sorang keluar sorang pulak..mmg aku rasa macam nak keluar dan tak nak teruskan benda tu langsung. 

dalam 1/2 jam jugak dia cakap aku tak makan hasutan dia ..dia pub mengalah lah . aku pun teruskan treatment tanpa rasa gembira ..sngt sedih dan terpaksa. pertama kali aku rasa dihina rupa fizikal aku. 

aku disuruh pakai seluar dalam yg tiga segi kecik semata mata tutup tut..pastu adalah rawatan balut badan , pastu masuk sauna , scrub badan dan lain lain . sambil aku buat benda tu diorg still pujuk aku siap cakap " kalau taknak masuk kenapa dtg amik rawatan ni percuma .." yelah kalau kali pertama ko layan org baik baik tak mustahil orang akan join . masalah nya ko ni main desak desak orang pyscho orang ..gila apa ..! 

lepas tu yg dia kata kurang beraa cuma tu bukn satu bahagian . dia akan campurkan seinci dari perut, seinci dr lengan ,dr dada so campur semua dia katalag dapat mengurangkan 5 inchi selepas rawatan . ntah hape hape...

pastu dia kata kalau masuk buat treatment pastu dia guide makan , tepon tanya perkembangan ..ko ingat dia kesah ko kurus ke gemuk janji dia dh swipe kad ko amik duit ...selebih nya pandai pandai lah ..ni semua jahanam.nak kan duit kita semata mata ..

hakikatnya aku berjaya mengelakkan kena tipu tapi aku dan suami pernah kena tipu 12k ....

nak baca nnt aku ceirita kemudian ..ok?


apa yg penting ubah life style kita 

80% pemakanan dan 20% exercise.
sejak aku bawa bekal aku turun 5kg aku yakin jika ku buat 16:8 IF aku boleh turun lagi ..insya Allah aku yakin .suami aku dh turun 83kg ke 70 kg hanya buang gula dalam diet dan active tenis.
tapi susah juga dia nak kurung ..aku still minum 3 in 1 boleh jugak turun berat badan.walaupun slow...minggu depan aku start puasa isnin khamis dan buat if 16:8 itu pun dh terbaik ..bila dh dapat berat 65kg insya Allah lebih semangat. aku akan cuba .!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...