Jumaat, 8 Februari 2019

surirumah vs wanita bekerjaya

dulu masa sembang sembang dengan mak , mak cakap " ko takpe ..ada duit sendri, anak nak apa boleh juga belikan..kalau macam aku duduk jelah diam kat rumah ..nak beli apa takde duit.."

itulah pengorbanan mak yang terbesar, mak tak pernahkerja seumur hidup. cuma mak ada berniaga kecil kecilan buat kuih dan hantra ke kantin sekolah. masa tu mak cakap mak seronok. duit tak putus dalam tangan.

"kalau aku meniaga bapa kamu seronok juga, minyak tepung gula tak payah bayar, mak belikan ..sebab mmg mak beli utk barang niaga, jadi barang dapor tumpang tumpang barang yang mak belikan. yelah mak nak jual karipap mesti pakai bawang, tepung daging segala bagaikan .. dan bila mak buat kuih duit hasil kuih tu jadi duit mak..duit tulah mak pusing buat modal beli barang, ada je duit mak dlm balang kat dapor tu. nak beli apa mak cakap "ambik duit dalam balang ".tu yang mak suka berniaga.

lama jugak mak buat kuih. lepas mak jatuh bukit patah kaki mak dh tak berniaga. seingat aku mak berniaga masa aku sekolah menengah dalam tahun 1997-2000 aku di Idrisiah. lepas aku msuk U mak ada niaga kejap kut . 
masa tu mak ada jga dpt tempahan buat kuih kalau ada jamuan kat istana.

pada aku jual kuh ni penat. tapi mak suka. pasti ada untung takkan mak buat
kalau aku balik asrama mak ada selt selit duit untuk aku ..mak bisik "jangan cakap aku bagi duit. " aku tahu mak taknak kalau abh tahu mak bagi duit nanti kang abah tak bagi aku duit.

kadang kadang mak selit 50 kadang kadang 100..ikutlah ...

ni yang start sedih ni. 

yelah mak aku tak keje surirumah, tak belajar tinggi pun, tapi boleh bagi aku duit . besar nilai meskipun RM50 tu..

itu yang sepanjang aku dh mula keje aku beri mak duit tiap tiap bulan . kalau mak datang Melaka, sebolehnya masak dan bawa mak makan sedap sdap..apa sahaja yang mak nak makan . nasi arab ke char kuew tiaw ke..apa yang kena degan tekak dia...
kalau masuk mydin mall...aku selit kat tangan mak duit, kut kutmak nak beli apa apa..

pergi ikea pun aku beri mak RM200 kalau nak nak beli benda murah murah...aku tak lah kaya tapi aku boleh lah bagi mak duit bila jumpa mak.

ada masa bawa mak berjalan ..paling aku ingat kami ke Penang lah. 
masa nak g Langkawi naik kapal yang boleh sumbat kereta tu Roro Ferry mak taknak ikut...masa tu mak tak sihat ..jadi kami pergi family kami je. ikutkan tiket pergi balik dan beli utk mak..

aku tanya mak "nak kirim apa"...mak kata "dah..aku taknak apa apa..."
tapi balik langkawi tu aku belikan mak set correle..bunga biru..aku satu set.mak satu...

kami bagi mak..Mak ambik bukan main happy pastu mak cakap" dah lama dah aku teringin nak pakai pinggan ni .." Ya Allah! kenapa lah mak tak cakap....

itulah . mak takkan minta apa apa barang dari kita tapi kalau kita dapat bagi menggembirakan hati mak kita besor pahalanya .

korang , yang mana ada mak gembirakan hati mak sebolehnya . aku faham .ada masa kita terlalu sibuk sampai kita lupa mak abah kat kampung bukan lupa.tapi tak sempat nak call. 

ambik peluang kan ruang . kena telefon.
aku masa dtg sawan aku hari hari aku tepon .."udah le kamu ni aku nak berak.." mak cakap ..asal aku tepon , mak nak berak,mak nak berak je aku tepon..." pastu mak cakap minta maaf le..

sebab ni lah aku sangat pertahankan. aku kena kerja, aku kena ada pendapatan aku sendiri. suapay aku boleh membeli apa apa yg membantu keluarga dan apa aapa anak anak nak aku boleh belikan 

bila suami kita takde duit kita bantulah.

di samping tu kita kena berjimat cermat, jangan boros, setiap bulan simpan duit kalau sesak boleh jugak guna duit yang kita simpan tu. 


aku nak pesan orang perempuan kena ada pendapatan. jangan bergantung pada suami 100% sebab bila jadi apa apa macam mana , suami sakit ke ..kena fikir semua tu..

jangan kita terleka enjoy sana sini tapi hakikatnya langsung takde simpanan. kena ada simpanan sikit pun jadila ..bila kecemasan tidaklah kita cal org pinjam duit. sebab kita ada pinjaman kita sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...