Jumaat, 8 Februari 2019

CARA BUAT BENTO UNTUK ANAK ANAK DAN SUAMI

assalammulaikum w.b.r.t

aku rasa ibu yang baik ialah ibu yang boleh memasakkan untuk keluarga nya setiap hari walaupun ibunya bekerja bukan suri rumah . 

selepas tiga minggu aku berjinak jinak bekalkan utk anak anak aku , aku rasa benda. i ok dan tak susah mana pun. maksud aku "boleh buat". dan yang bagusnya aku dapat diet dan jimatkan kos belanja di kantin. Imran ,iyad aku dan suami akan bawa bekal hampir setiap hari .
menu dia adalah menu makan malam yang akan aku panaskan esok pagnya. 

banyak org tanya , "ko bangun tido jam berapa?"

oklah .aku tak bangun awal sgt. pada aku 5.30 pg. aku harap aku akan mudah bangun setiap pagi sebab aku nak buat sikit solat tahajud pagi pagi tu. lagipun kan subuh jam 6.05 pagi. 

so aku bangun tido aku teruskan tekan periuk nasi . panaskan nasi. dan panaskan lauk. buka api pelan dan set masa. sambil tu aku boleh mandi dan ambik wudhu , siap siap solat sunat, baca quran sikit , bunyi azan aku terus solat sunat sebelum subuh. org kta elok sebab solat sebelum subuh ni lebih baik dari dunia dan seisinya. 

solat subuh dalam jam 6.15 pagi aku dah settle semua. 

time ni suami aku mengejutkan anak anak dan dan mandikan orked. yang lain dh boleh berdikari . aku akan letakkan bekal atas meja susun, masukkan nasi, lauk, dan potong buah, serta letakkan snek satu ..selalunya aku beli biskut keju indon tu lupa nama dia. buah penting, at least aku kupas oren atau epal. yang ni leceh sikit so kalau nak mudah sebelum tido ko kupas dan masukkan dalam peti ais, gaul dengan garam sikit supaya  tak lebam .

hasil bawa bekal dan makan portion suku suku separuh aku berjaya turunkan 4 kg berat badan dan cuti sekolah ni mentenlah dlaam 71.1 kg sebelum ni aku penah cecag 75kg. 

aku akan cuba istiqamah puasa setiap hari Isnin dan Khamis. cubalah.
yang bangun solat tu aku sempat buat dua hari minggu lepas. Insya Allah akan dijadikan amalan.

jom tengok koleksi bento aku dan anak anak. 


ini ikan sambal, ada telor dadar dan snek. 

roti telor, kek pisang dan epal 

roti sosej dan telor sramble, gery dan epal .nilah biskut cheese indon tu

aglio, olio, rajin pulak aku masak waffle pagi pagi buta .

bekal aku, tu karipap frozen. 

ayam goreng berempah 

waffle yang masuk rangup.

roti telor ni mmg kalau malas habis 

bekas bekas kami , aku dan suami pakai bekal indon baru beli dari kak Ruhaiza, murah je, satu 19 ringgit. jenama moorlife cer google.

ayam masak merah nasi tomato dengan oranges

sambal udang , sayur sawi tu aku masak pagi tadi.

ini antara bento yang aku sempat buat. 

ok ok..kalau korang nak buat brkal macam mana nak mula ?


ok .meh aku ajar. 

untuk org marhaen boleh lah follow.


STEP 1: SHOPPING

Mulakan projek bento kita dengan beli barang nak masak di rumah .

sebaiknya korang buat menu seminggu nak masak apa. baru beli barang, bagusnya korang dah siap siap beli barang barang yang nak di masak. taklah tengah nak masak kena beli kentang, tomato takde dan lain lain. ni melecehkan program kita . 

contoh :

ISNIN: AYAM KARI ,SAYUR SAWI ,BUAH

SELASA: IKAN MASAK LEMAK, SAYUR CAMPUR,BUAH

RABU : AYAM KICAP PEDAS, SAYUR ULAM ,BUAH

KHAMIS : IKAN MASAK TAUCU, SAYUR ULAM, BUAH

JUMAAT: ROTI JOHN DAGING HANIS ZALIKHA, ULAM, BUAH


So bila korang g pasar beli barang barang nak masak ni ,

macam beli ayam 2 ekor, cukup seminggu masak ( hari isnin dan Rabu) , kentang, tauchu bonda, sayur, buah dan snek . beli daging kisar, roti sosej, sosej, timun jepun, terung , sayur campur, santan kara, tomato, serai, kunyit hidup, 

IDEA snek: kek gulung apollo, kek gulung pandan ni anak anak aku suka , gery, apa apa jelah janjan yang korang rasa boleh sapot perut anak korang hahahh!.. buah penting mesti amik sikit . elok utk kesihatan kita kan .. 

so senang bila dah ada bahan apa nak beli nak masak masa gi pasar follow je benda benda ni. jimat sebab korang takkan beli benda yang korang tak masak. sebab kita dh ada jadual nak masak apa kan ...

ok... 

STEP 2: MEMASAK

ok aku kan cikgu , so selalunya aku dah letakkan lauk nak masak di kawasan extra cool, supaya bila aku balik lauk dah tak beku dan boleh masak, mudahlah sikit kalau tak jenuh nak tunggu lauk tu mencair. 


setengah orang nak mudah dia blend cili siap2, aku punya style cam mak mak, time tulah kupas bawang merah , bawang putih halia, cili aku rendam air panas dalam blender, bila dah lembut, buat air, guntingkan buang biji cili dan blend, nak senang buat banyak terus masuk tupperware, tapi rujuklah menu korang pakai cili ke tak kan..

lauk ni ingat korang akan panaskan utk esok pulak. so pastikan malam korang panaskan sebelum tido , atau masukkan dlm peti ais atau jangan terdedahkan . jaga kebersihan takut anak sakit perut pulak makan esoknya, 

kalau korang takut anak tak tahan korang masak jelah roti telur fresh cook pepagi tu.. aku so far anak anak makan ok, 

ok ok yang kari ayam tu kan kalau korang taknak bekalkan nasi boleh beli roti pratha jenama kawan utk budak budak makan . senang kan frozen food. 


masak ni kena amik masa sikitlah dan leceh . kalau aku kami makan dalam jam 7 malam , so 8 malam aku dh start IF esok jam 10 pagi aku baru start makan . sepatutnya jam 12tengah hari baru makan . tapi aku buat ikut kemampuan, kalau masa jam 10 pagi tu ko minum kopi o..aku rasa sempat jam 12 puasa IF. ikutlah mana mana yang korang rasa ok.

kalau aku makan kat kantin memang aku makan lebih portion, minum nescafe tarik, kalau makan bekal aku akan minum kopi 3 in 1 jenama super yang paling rendah kalorinya . bawah 100kcal. dalam 89kcal kot. 




ni koi minum time IF (intermittent fasting)

7kcal je sepeket

so far aku buat macam ni memang ada perubahan , sebab kita tak diet gila gila. sebaliknya ubah cara hidup kita, cara kita makan , makan nasi sikit dan kenyangkan dengan ulam dan buah. 



SO INI LAH KEPUTUSANNYA, YANG PENTING ENJOY DAN TAK SUFFER, KALO KO CUT SUGAR MMG LAGI MASYUK !. AKU ADA GAK BUAT BRISK WALK TIGA KALI SEMINGGU JALAN DLAM 10K LANGKAH ....


INSYA ALLAH NANTI USAHA LAGI ...






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...