Jumaat, 8 Februari 2019

TIARA MELAKA GOLF AND COUNTRY CLUB



Assalammualaikum..aku perasan mesti org org yang baru kena tukar ke Melaka , most of them yang asal KL..mesti rasa Melaka ni bosan dan tak chill langsung!

ok ..ok ..itu satu kenyataan yang sangat sangat salah! ..Melaka lah sebuah negeri yang cool  habis, ko boleh duduk senang lenang macam org kaya hahahah....kalau di Melaka duduk dalam rumah gated and guarded landed house ko beli sekitar 360K sahajo...dpt ke beli umah rege sebegini di KLs?hahhaah...mesti mustahilkan ..

oklah! ..kalo  korang yang baru pindah ke Melaka post ini. sangat berbaloi utk engkorang baca .

baiklah aku nak cerita satu satu sudut yang best kat Melaka dengan modal yang sangattttt murah . Tiara melaka golf and country club ni macam club house lain jugak . 

aku cerita dulu kemudahan yang dia sediakan. 

Antara yang paling heaven, swimming pool dia besar dan luas ..sangat best . utk budak budak pun siap ada gelongsor ok! 

kedua, gym, mmg aku suka g gym dia . kalau kat luar pun ko nak g gym kena bayar RM50 tau itu pun bukan peaks hour. time jam 3 ke 5 petang . kawan aku ada langgan. aku penah amik yang muslimah gym je itu pun RM50 utk gym sahajo.

ketiga, ada court tennis, kalau korang main tennis mmg berbaloilah. kalay g court tenis kat MITC tu satu court kena bayar kalau nak main RM 10. 

keempat, tempat squasy . ni aku tak guna sebab tak main pun.

ok yang baru aku jumpa.hahahhah..sauna! rupanya ada sauna tau . aku yang tak tahu. kalau aku tahu dri dulu aku bersauna mesti cepat kurus..

ok ok ..dengan segala mak nenek yang aku cerita ni kos nya ialah ...RM90 sebulan !!!
tapi tapi..korang punya yuran kena bayar per year. ok...

opsss! paling utama mesti lah golf kan ..kalau korang amik utk golf course sekali yuran jadi RM 120. 

ok.lokasi nya dimana . Tiara ni terletak di belah Ayer Keroh. kat tol ayer keroh tu. tak sampai ke Banda Hilir yang ada A famosa tu... tu dh jauh dh ..

kalau korang dtg dr arah tol melaka , koarang jalan straight. kat traffic light utama yang ada tulis MITC, Seri Negeri korang pilih ke seri Negeri, apa Seri Negeri ni, Seri Negeri ni bangunan pentadbiran kerajaan negeri Melaka. senang cakap pejabat Ketua Menteri Melaka dan SUK negeri melaka. faham?

sekarang ada jalan baru, ada fly over nak ke bando melaka, kalau korang nak ke Tiara jangan naik fly over tu ..belok ke KIRI ok...





gambar dari insta aku 

sauna 



ok ni sekiranya korang mementingkan gaya hidup dan aktiviti utk anak anak..selalu check in hotel je kan ..anak anak nak main pool ..hahah..oklah ..korang pun boleh masukkan anak korang kelas berenang under NCF Academy, tak silap aku ..bayaran RM80 sebulan seorang anak. 

boleh refer ni utk maklumat mengenai swimming class di Melaka :


ada gak yang unlimited class..harganya dalam RM700 sekali masuk setahun . boleh belajar berenang hari hari ...aku pun ada plan nak hantar Orked dengan Ihsan , tunggulah dulu. 

ok ni pada lifestyle. ada banyak lagi yang best di Melaka dengan kos yang lebih murah berbanding kl area Lembah Klang, 

ni aku share umah baru nak launch kat taman umah aku 

show unit 16 Feb 2019 baru di lancarkan ..aku tanya harga dalam 400K lebih kurang 
depan dari umah ni ada tasik tau dan ada taman mini, sempena raya cina ni diorg pasang banyak tanglung..

sambil jogging aku suka amik gambar ....cantik!

ni taman depan umah contoh ni

unikkan ..



ok itu sahaja nak share..jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...