Jumaat, 8 November 2019

MELAKA - PUTRAJAYA - GENTING HIGHLANDS

PUTRAJAYA 5.45 petang

Jarak Melaka ke Putrajaya sejauh 140km mengambil masa lebih kurang sejam 44 minit perjalanan. 

Lepas habis sekolah aku amik suami di KFC sebab dia hantar kereta servis dia area situ ,aku ingat dekat sebelah petronas rupanya menyeberangi jalan utama. kalau aku tahu taklah aku suruh dia beli KFC

Lepas sampai rumah aku terus basuh baju dengan bantal2 busuk ihsan selama 15 minit Quick Wash, terus keringkan dengan dryer. aku paling benci kemas beg..leceh .
kali ni aku hanya bawak baju yang minimum.
baju tiga tiga helai dan baju jalan 5 helai jeans 2 helai utkbudak budak.

aku packkan satu beg untuk suami,aku dan orked. satu beg utk Imran Iyad dan ihsan . 

Lepas tu suami balik solat jumaat dia kemaskan beg susu dan masukkan semua makanan, termasuk nasi putih yg imran masak utk kami makan tengah hari. 
sepatutnya bertolak ke genting malam lepas habis exam suami , tapi exam postpone dan suami ke attend meeting di Putrajaya .jadi kami gegas ke Putrajaya.

Dalam jam 2.30 petang kami ke workshop amik kereta stavic dan patah balik ke office suami nak hantar Honda. So kami jalan denagn stavic. 

aku mmg penat terlelap sepanjang perjalanan ..korang nntkan gambar di Genting Highlands mmg awesome habis..







alhamdulillah jam 4.45 kami sampai di Putrajaya dan sekrang kami tengah lepak lepak di tepi tasik menunggu suami utk sama sama ke Genting Highlands. Doakan kami 

Next trip


Putrajaya ke Genting Highlands. 

81.8km adalah jarak yang ditunjukkan antara kedua dua tempat ini. 

Putrajaya menjadi bandar pentadbiran Kerajaan Malaysia . Dahulu orang lebih mengenali Kuala Lumpur , hari ini Putrajaya menjadi lokasi tarikan pelancong. 


Indonesia pun dh nak meniru Malaysia dengan menukar lokasi Jakarta kepada Kalimantan utk menjadi pusat pentadbiran . Kalimantan tidak sepopular tanah Jawa, Sumatera.


tenang betul petang ni mengadap tasik sambil melihat matahari terbenam sedikit demi sedikit. 


GENTING HIGHLANDS 

9.00 malam 

Sebelum naik genting kami berhenti utk makan malam di Genting sempah.
aku pun pelik kenapa nama dia Genting Sempah .bukan sampah  hahha..

tertiba teringat blogger terkenal Kak Azlita yg kehilangan anaknya bernama Amirul . Hidup ni terlalu sukar nak diramal. Namun bersangka lah baik dengan Allah sebab hanya Dia yg Maha mengetahui Hikmah di sebaliknya.



melalui terowong ke Pahang
 oklah kami makan dikedai yg jual masakan panas. aku taknak makan kat Mc Donald. Bosan
kami bawa nasi sendiri dan order lauk asam pedas, dan dua ekor ikan bawal. lupa nak amik gambar bawal baby. kemudian suami beli lauk tambah total semua makan malam RM50. air je RM12 . mungkin suatu masa nanti harga ni takkan kita dapat bila makan di luar .




kitorg makan kat kedai ni ...bawal dia kecil je ...macam bawal baby ...
kedai ni ada jual air avocado harganya RM6.. murahlah jugak 

ondaway balik dan nak pergi ke hotel 

alhamdulillah dah sampai hotel Swiss Garden Genting Highlands, hotel baru .
nnt sambung cerita .....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...