Isnin, 25 November 2019

Plan makan makan di Krabi

macam mana nak g Krabi tapi belum kurus lagi 

nnt sampai krabi nak makan makan lagi 
aduhh!! hahahha

oklah nnt kita diet balik ya..

kejap kata diet time cuti sekolah , kejap kata diet time sekolah senang ..mana satu ni 

yang ya nya makan jelah ..tapi berpada..


rujukan Facebook:

1) Krabi Heritage Hotel - Harga affordable, staff friendly, banyak fasilities, cuma makanan kat sini tak halal. Tak perlu booking bilik include breakfast.
Just nak inform, area Aonang paling mudah nak access pulau, kedai2 makan n so on. Mohon booking hotel area Aonang supaya korang jimat duit untuk tuktuk n boleh jalan kaki je nak kemana2.
2) Breakfast n lunch - Boleh try makan kat Kedai Malaysia Krabi. Pagi2 ada nasi campur, masakan panas, nasi lemak dll. Sebelah kedai Malaysia Krabi ni ada satu stall nasi campur. Tapi tak tahu nama kedai dia. Pada saya sedap dan murah walaupun lauk dia saya tak pernah try kat KL ðŸ˜‚
3) Dinner - May & Zin Restaurant (sebelah Hotel Holiday Inn). Kedai dia cam area2 foodcourt sikit. So kena masuk dalam untuk jumpa kedai tuh. Masakan not bad n affordable compare dengan Bangboo (saya makan kat Bangboo kena hampir RM100 ðŸ˜‚🤣)Boleh try soft shell crab yellow curry, udang steam limau, green curry pun sedap. Owner n staff yg sangat2 friendly. Boleh tengok review kedai ni kat Google. 
4) Transport - Dari airport boleh ambil shuttle van. Baru 150baht/sorang. Van ni biasanya dia tunggu penuh baru gerak. Van selesa je. Then korang boleh dapat discount kalau korang guna service van yg sama masa nak balik Malaysia. Nak mudah ambil je service van yg sama. Sebab nanti korang tayah risau pasal transport balik dah ðŸ˜‚ Kalau naik taxi 500baht. Saya silap masa kat airport harituh sebab terus ambil taxi. Padahal kalau naik van baru 300baht untuk dua orang. 
5) Simcard - Boleh beli kat airport. Saya beli unlimited untuk 7 hari 150baht. Tapi sebenarnya boleh dapat harga 100baht kat kedai lain. 
6) Sewa motor - Nak bergerak area Aonang dengan mudah, boleh sewa motor. Kalau skuter 200baht(RM28) untuk satu hari. Cuma perlukan passport sahaja. Kalau motor skuter isi minyak 50baht pun dah cukup dah untuk ronda2 sana. 
7) Pakej Pulau - Sila lah survey banyak2 kedai sebab saya terambil pakej yg agak mahal sikit berbanding pakej2 kat area hotel saya. Rasa rugi sangat2. Saya ambil pakej dari company tour driver taxi saya (San Sun Tour). Dia drop kitaorang kat ofis dia dan terus offer pakej pulau n emerald pool. Padahal area Aonang bersepah pakej2 murah. So dah rugi sikit kat situ. Harap korang cari yg murah2 okay. 
8)Phi Phi Islands - Harga yg paling murah korang boleh dapat adalah 1,200 baht INCLUDE marine fee (400baht). Ada yg offer 1,200 baht exclude marine fee. Marine fee wajib bayar tau. So, memang kena cari pakej yg betul2 berbaloi. 
9) Emerald Pool - Kena berjalan 800m. Makanan tak dibenarkan. Dorang akan check beg masa kat entrance.
10) Hot Stream - Ni pun kena berjalan cuma tak jauh sangat. Kawasan untuk mandi adalah terhad. Terlalu ramai orang kat sana. Tapi sorang dia limit kat 15-20 minit je untuk mandi. 
11)Souvenirs - Nak beli souvenirs silalah beli kat depan Masjid Aonang. Sana jauh lebih murah berbanding area pulau, peniaga2 sana cakap melayu dan dorang terima duit Malaysia. 
12) 7E - Datang Thailand 7E lah kedai yg wajib pergi. Makesure korang check logo halal dulu sebelum beli. Sebab kadang2 makanan halal n tak halal sebelah2 je. Aiskrim pun tak semua halal tau. So silalah check betul2. Beli yg ada logo halal sahaja.
13) Duit - Masa saya tukar duit (SkyXChange, Masjid India) 100 baht = RM 13.95. Dekat Krabi pun saya ada tukar duit myr RM1 = 7.033 baht. Mungkin sekarang 100baht dah cecah RM14. Sana bersepah money changer cuma rate berbeza2. Tapi lebih baik standby duit myr dan tukar kat sana sebab kalau nak withdraw duit kat atm sana, charge 220baht (RM30).


ada yg kata jangan makan kat sini tak sedap! yeke? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...