Sabtu, 30 November 2019

SIPNOPSIS DRAMA BISU TV3 2019









Drama BISU TV3
Dah lama tak tengok drama yang hebat karyanya seperti drama ni.
Memang dulu bila sabtu malam kami satu keluarga akan tengok cekerama TV3 dengan mak dan abah.

Abah mesti gelakkan mak , kalau mak nangis. hahah...
ssemua baring depan TV layan satu keluarga.. bila iklan jerit
"dah start..dah start...g kencing pun time iklan ..hahha
*******************
Drama bisu menceritakan pasal sepasang suami isteri iaitu Khatijah Tan dan Kamarul hj Yusof , suami. Mak Nong berlakon jadi bisu untuk meraih pendapatan secara haram, iaitu menipu orang ramai dengan minta sedekah jual tisu.Suaminya pula kaki judi .
Rupanya Mak Nong dan suami mmg sejak muda mmg jahat. Jahatnya sampai suami mak nong pernah melacurkan bininya iaitu Mak Nong nya sendiri. 
Kelakar pulak bila org Kebajikan Masyarakat datang, suami mak nong berlakon terbaring kena stroke. sedangkan baru kejap tadi dia berjudi dengan kawan kawan dalam bilik. 
Mak nong bila minta derma jual tisu pakai tudung labuh kaler hitam, tapi bila g karoeka pakai kebaya ketat ðŸ¤£
kemuncak cerita ni bila ada seorang lelaki muda namanya Nazim , bercinta dengan anaknya Hamidah. hamidah baik tak suka menipu macam mak dan ayahnya,
nazim tertipu denganMak Nong kononnya mak nong nak sangat pergi umrah maka nazim pun sedekahlah Rm6k utk Mak Nong pergi umrah. 
dipendekkan cerita Nazim terdengar perbualan mereka satu keluarga dan tahulah dia Mak Nong selama ini tak bisu dan menipu dia. 
Rupanya mak Nong juga tertipu seumur hidup dengan suaminya yg kononnya sakit kaki rupanya kaki nya tak sakit ..tertangkap masa suami dia joget joget kegembiraan dapat curi duit umrah maknong. 
sejak tu mak nong insaf dan bertaubat . Suami dia pun mengaku salah . malam tu mereka nak solat , tapi mak nong dan suami langsung tak tahu ambik wudhu, s i siteri harap suami ajar, suami harap isteri ajar . akhirnya hamidah yang ajar Mak nong dan suaminya berwudhu dan solat .
akhir cerita Nazim sudi memaafkan Mak Nong dan suaminya dan bersetuju berkahwin dengan Hamidah walaupun Hamidah pernah terlanjur semasa dia remaja . 
Kisah ini sarat dengan pelbagai pengajaran:
1) ramai je orang yang menunggangkan agama dalam meminta sedekah atau mencapai kesenangan dalam hidup
2) ada org sanggup menipu supaya mendapat sumbangan.
3)orang baik selalu menjadi mangsa penipuan orang orang macm ni
4) pentingnya ilmu agama dalam kehdupan demi mendapat redha Allah SWT
5)hidup bergelumang dengan dosa takkan membahagiakan sesiapa pun. Kambali ke pada Allah jualah kebahagian hakiki
6) Allah SWT sentaisa meneriman taubat hamba hambaNya.
siapa tak dapat tengok boleh lah cari drama ni tak rugi jika ditonton.
*** beza betul lakonan otai dengan Syafiq Kyle😅jangan maraa aa.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...