Selasa, 5 November 2019

REVIEW DRAMA CEMBURU SEORANG PEREMPUAN

Ok ni asal novel yang sekrang dijadikan drama msih menggunakan tajuk yang sama .
lakonan Amar Bahrin, Amyra Rosli dan Emma Maembong
buku ni satu satu nya buku yang aku beli tanpa saranan sesiapa , maksud aku ikut ikut org ..dan terkena yg sgt best ! 
korang caya tak aku baca novel ni ulang ulang kali dan tak pernah jemu .

yes! aku kena admit yang aku mudah obses bila dh suka satu benda aku sukar nak tukar apa yg aku suka . 

aku tak ingat bila aku beli dan kat mana. yg pasti masa kat u. 
Cerita ni best sangat sangat ,
watak dhiya tu yg paling aku suka .
wanita yg sempurna 
biar tak cantik tapi amat diperlukan oleh Zik.

baca review aku kat bawah. 

“Satu daripada resipi hidup ada menyatakan, kahwinlah dengan orang yang kau paling suka berbual dengannya kerana bila kau sudah tua, tak ada yang lebih bermakna melainkan perbualan pasangan kau.”
Drama terbaru adaptasi dr novel.
Aku baca novel ni sejak 2005 tak silap aku.
Sebenarnya jalan cerita kalau ikut sebiji biji buku ni ok je .
Kalau ikut novel, scene awal awal cerita pasal Zikri ( Zik) hantar Dhiya ke kereta mlm perkahwinan Emi dan Zik.

Dhiya kawan baik Zikri . Kawan baik sejak sekolah menengah. awal awal cerita dia terus masuk tengah tengah. tak de mula mula . 

dalam perbualan cerita ni Dhiya dan Zik bahasakan diri aku kau. menggambarkan betapa akrabnya mereka. Zik panggil Emi "Sayang"

[ Emi kekasih Zik.
Sebaik mana pun Zik pada Emi takkan dapat menandingi tulusnya kasih Zik pada Dhiya ]
Di takdirkan Emi tak boleh mengandung, tak ingat sebab apa . Dan Emi pujuk Zik utk mengahwini Dhiya sebagai ibu tumpang. 
Maksudnya benih Emi dan Zik tetapi di masukkan ke dalam rahim Dhiya. Dalam novel kata haram masukkan benih lelaki yg bukan suami ,tapi bila aku refer hukum ibu tumpang mmg haram dalam Islam. so fakta penulis dalam cerita ni tak betul. 

Maka berkahwin lah Zikri dan Dhiya utk memenuhi kehendak Emi.
Cerita ni terlalu menarik. Tak sampai hati tengok drama yg tak selari jalan cerita dlm novel.
Tak sesuai watak Zikri pada Amar Bahrin. Lebih sesuai pada lelaki yg lebih macho. Mungkin Fattah.. atau sesiapa yg lebih terserlah kelelakian nya. 
Dhiya digambar sebagai wanita yg sedikit gempal dan tidak cantik seperti Emi. 
Emi gadis yg cantik bisa memukau mana mana lelaki yg melihatnya. 
Najib totally wrong. Najib sebenarnya lelaki berkulit hitam.. macam bangsa Nigeria 
Watak kakak Emi memang tak wujud dalam novel. Termasuklah watak perempuan chubby di nurser Dhiya. macam takde je.
Ermmm.... 
Siapa siapa yg suka layan drama ni better cari novel. Lagi puas hati. 
Setiap bait kata kata Zikri, Dhiya bagai sedap dibaca berulang ulang kali. Tidak penah rasa rugi memiliki novel ni. 
Dalam novel ni jumpa nama Eyad. Maksudnya kekuatan. 
Nnt cerita lagi.


Sedap kan kata kata Dhiya'

Benjamin sudara seibu sebapa Nabi Yusof . Rakel ibu nabi Yusof 


argghhh! tension aku cari buku ni semula tak jumpa. Aduh! mana pula aku nak beli buku ni balik . harap jumpa semula .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...