Sabtu, 16 November 2019

Tips memilih Hotel di Krabi

ok ! serius pening jugak nak pikir pilih hotel kat krabi ni 

aku mmg tahu beberapa petua wajib nak pilih hotel di Krabi .korang take note ya..

1) Kena pilih lokasi dia Ao Nang beach bukan KRABI

2) mesti dekat masjid supaya senang dapat makanan halal

3) seeloknya ada perkhidmatan shuttle ke airport. 

kepeningan aku bermula bila aku ni datang dalam 6 pax .2 dewasa, imran 12 tahun, iyad 8 tahun ihsan 6 tahun dan orked 4 tahun . 

aku pilih yang famiy punya semua harga atas 300 paling murah itu pun tak dapat cover ..kalau 400 lebih mmg ada..

ok aku dah book bilik studio kat Lario ..mmg cantiklah hotel dia tapi grade 3 bintang ajelah..


harga bilih dia yang termurah 

mula mula aku dh book bilik yang ada katil besar dengan ruang tamu kat bawah 

aku pilij yang ni ..bajet anak anak dapat tidur kat bawah lah ..kononnya 

cantik kan sebab macam rumah korea.

pastu aku pikir balik dia bayar pakai baht ..dan tak tau berapa harga dia sekarang currency kita pun tengah jatuh kann..

so ari ni aku bukak balik agoda semua cari hotel balik..

belek punya belek aku decide amik dua bilik..satu bilik imran iyad ihsan  satu bilik ibu dan ayah orked.

aku tengok bilik kat sugar cliff ni macam murah semalam 181.

setelah book tiga malam utk 2 bilik total dalam RM1298

takpelah atleast budak budak dapat satu bilik ..selesa diorg nak tido...takdelah berhimpit satu katil kan..dan paling best dia 4 bintang dan dekat je dengan attraction ..dr mula mula nak g krabi aku aim nak dok sini..macam aku aim nak pakia iphone kannn..hahahha...

so aku harap keputusan aku ni kira yang terbaik ..boleh free cancellation sebelum 30hb Nov..
oklah aku nak baca review hotel Sugar Cliff Ao Nang ni jap ...

kalau korang ada review pasal hotel ni boleh share ok ..

ok aku nak tambah sikit.

dia macam ni kalau hotel luar negara dia mcm straight tapi aku tak pasti betapa straightnya hotel tu dia kira kepala. tapi kalau dia charge harga lain bila ko dtg lebih muatan ko akan sakit . dia amik satu deb RM96 bergantung pada hotel.

lagi satu kan pengakaman aku tidur kat hotel masa kat Genting dengan Penang memang anak anak tidur sempit yelah sebab semua dh besar jugak ..jadi kat penginapan ni aku masalah sikit.

aku fikir kalau amik katil yg besar harga nya mahal gak dalam semalam RM300 lebih cumanya dpt duduk sebilik . alamak peninglah...kalau tak sebilik siapa nak jaga diorg pula? ke kena amik yg ada connection ..atau adjoining room tu ..ermmm  masalahnya dapat ke bilik ni connection . jadi kalau jauh antara satu blik macam mana ?aku dah request dalam booking ..harap masalah ni settle sebelum 30 /11 sebab sebelum 30/11 aku masih boleh cancel lagi ..aku pun tak larat asyik cancel je ...hari tu booking.com sekarang agoda pulak.

dan aku ada baca review pasal breakfast ada yg cakap tak sedap pulak ...tapi aku memang tak amik breakfast pun ..ok jelah ..

so total hangus 

RM1065 filght
RM1300 penginapan 
makan dan pengangkutan dr airport. itu je 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...