Selasa, 30 November 2021

UBAT - USTAZ WADI

 SATU CERAMAH USTAZ WADI ada berkongsi beberapa amalan :

1) UBAT SATU: baca surah Al-Baqarah sehari 3 x ..dalam masa 3 hari .kalau ada penyakit sehingga pecah belah rumahtangga

SIHIR: Rawat rumah yang banyak gangguan dengan Surah Al-Baqarah dan Ali Imran 

cuma ubat dihalangi ..kalau tinggal solat, derhaka suami,derhaka ibubapa,putuskan silaturrahim adik beradik . Jangan buat ia merupakan penghalang utama ubat ubat

2) UBAT 2: SOLAT JEMAAH 40 HARI ,5 WAKTU solat fardhu 

3) UBAT 3- baca Yaasin 40 hari , pagi dan petang. 

4) UBAT 4: selawat 1000 kali selama 40 hari 

5) UBAT 5: sedekah kepada mak ayah. 

6) UBAT 6: Istighfar 

7) UBAT 7: TAUBAT

8) ubat 8: solat dua rakaat . Sebaiinya solat tasbih. 




Ahad, 28 November 2021

Tarikan baru di Pantai Siring 2021

Dah lama aku tak ke Pantai Siring 
Sekarang ni dh banyak gerai-gerai dibuka sepanjang jalan tu 
dulu takde 
sekarang ni ada Kopi Rewang , ada Sosej Thailand, ada Takoyaki dan pelbagai lagi gerai 

kami ke geraijual ikan dan makan asam pedas di Kedai Azizah . Boleh tahan juga harga makanan di kedai tu 


ni Sosej thailand ..tapi kami tak makan ..takut aku tengok ..macam daging manusia pulak..

ni stall kopi rewang yang baru baru ..rate rege standard kopi dibrew..lagi sedap kopi gantung viral perlis aku rasa ...

aku amik coffee latte gula melaka 

mmg ramai beratur kat sini ... 

ni pulak deretan gerai sosej thailand dan takoyaki ..kopi gantung viral perlis pun ado! 

tak lupa kedi pokok pokok hiasan ...


eh kopi rewang balik hahah



lepas ke kopi rewang kami makan tengah hari 


tapi siput sedut ni semangkuk RM15 .. aku rasa harga dia agak ketat lah 

tadi di kedai Asam Pedas azizah ..kami makan :

semangku asam pedas ada seketul ikan pari dan seketul ikan kembong 
semangkuk siput sedut 
2 pinggan sotong celop tepung 
nasi 4 pinggan ..aku amik sayur lemak ...
air sirap, air teh o dan kopi ais.
TOTAL kami makan RM74 ..pada aku agak mahal ..mungkin sebab kawasan tariukan pelancongan kut 

sebenarnya banyak je port makan yang murah murah kat melaka ni ..
aku pernah order 3 nasi goreng cili padi RM17 . 
lepas tu makan macam macama kat Bayu restoran taman tasik baru RM38 ..lebih kurang ...masa tu kami makan bihun goreng, nasi goreng cili padi dua, nasi putih tomyam , air lagi ...
ke orang tu salah kira ekk...hahah...

 entaahlah pada aku murah 

kemudian kami makan pun dalam 50 ringgit je 
kalau kat Barakah Tomyam Bemban tu pun not bad regenya ..

kalau ke Kg Run Razak pun rege makanan dia murah 
tu yang aku pikir banyak kali nak masak ke beli ..

oklah ...kalau korang makan kat pantai siring sellau org perhgi kedai Dak Lin jual pelbagai menu celop tepung ..ala yang viral masa Najib Tun Razak datang makan tu 

Khamis, 25 November 2021

Port beli kuih di Ayer Keroh

Kat sini best ada air kelapa, cendol dengan pisang goreng. Pisang goreng pulak ada beberapa jenis pisang.. ada gak kuih keria melaka, karipap.. dan beberapa kuih lain .. 

Depan sikit tepi jalan ada org jual pau. Tp satu pau RM2 lah.. 

Kepok lekor pun ada…


Pau dia sedap makan panas panas… anak aku sekoah agama kat masjid ubudiah ayer keroh ni…

Kalau nak beli kuih kat sini.. googke masjid ubudiah ayer keroh heights 

 

Selasa, 23 November 2021

Ujian.

 Bila kita diuji, apa yg Islam anjurkan? 


 Pertama;

“Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu”. (QS al-Baqarah: 45).


Kenapa solat? 

Di dalam sholat kita boleh berkeluh kesah dan gundah kelana yang sedang kita rasakan kepada Allah SWT. 


“ketika engkau berdiri untuk sholat maka tidak ada lagi penghalang tabir antara dirimu dan Allah SWT”


Kedua;

 Berdoa,


“Wahai Dzat yang Maha Hidup lagi berdiri sendiri, dengan kasih sayangMu saya memohon pertolonganMu”.


Dalam sebuah hadits shahih dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, beliau bersabda:


“Tidak ada yang mampu menolak takdir kecuali do’a”. Shahihul jami’


Ketiga; 

Tawakal


Keempat; 

Sedeqah.


::


Allah tidak berlaku zalim kepada hamba-Nya dan Dia tahu bahawa hamba-Nya mampu lulus dengan ujian tersebut.


‎لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ


Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al-Baqarah: 286)


Wallau ‘alam. 

Isnin, 22 November 2021

Tiada kompromi dalam perkara Haram

Aku ni bukan baik sangat.. tu yang bila org tanya aku ajar subjek apa .. paling susah aku nak jawab.. 
paling tidak aku akan cakap pendidikan islam.. tapi tak nampak macam ustzah… ustzah rock. 

Segumpal air lior aku telan . Sungguh ! Segan betul rasanya. 
Tapi tulah nak buat macam mana. Aku rasa selagi aku pakai tutup yg agak labuh tutup dada, pakai stokin, pakai blouse tutup punggung aku rasa dh cukup sopan . Apsal org tak perasan lagi aku ustzah ek..mungkin ustzah kena soft spoken bukan huha huha macam aku. 
Dh nak buat macam mana.. mmg karakter aku gini.. dr dulu happy go lucky… aku mmg suka bercerita.. bersembang kepoh kepoh.. buat lawak. Ada masanya suka mengusik.. tu lah aku kurangkan suka lawa yg menipu.. acah acah katanya..
Tapi aku tetap tak berkompromi dengan dosa.
Yang mana dosa tetap dosa. Aku dh pernah kata takpe pulak kalau benda tu mmg dosa.

Aku nak bg contoh macam ni .
Ada org kata takpe tengok video lucah… drpada dia berzina lebih baik dia tengok video lucah…
Sekurang kurang nya terhindar dr dia berzina.

Baik. 
Dlm hal ni tengok keadaan dia tu bagaimana. Kat oversea ke.. isteri takde ke… ke ada isteri cuma dh ketagihan tengok video lucah? 

Korang tau tak ada akta melibatkan video lucah ni …



Aku kongsikan bacaan aku dari Asklegal berkenaan kesalahan tengok video lucah ni. 

Kalau tengok secara online dr segi undang undang tak slaah, tapi kalau download dan ada koleksi dlm simpanan peribadi itu satu kesalahan. 

Tambah kalau tengok video lucah berkaitan kanak - kanak .. ni mmg bahaya. PDRM ada list nama org yg kerap melayari laman web porno dan dia akan siasat jika ada kes bersabit. Atau dia boleh je reman sesorg utk siasatan. 

Aku ingatkan akh seorg je baru tahu benda ni criminal. Rupanya ramai lagi yg tak tahu ini criminal . Ada akta tau! 

So kalau kena tangkap kira kita buat jenayah lah. 

Kalau penjawat awam lagi bahaya, boleh dikenakan tindakan tatatertib. Paling ditakuti dibuang dr perkhidmatan awam. Habis semua gaji, dan pencen. 

Kalau baca hukuman yang holeh dikenakan ialah 10,000 dan tiga tahun penjara

So .. kat sini aku nak cakap . Jangan cakap.. takpe takpe.. semua org buat.. ( tengok video lucah)… salah tetap salah .. mcm mana pun tetap dikira dosa di sisi Allah SWT. Jgn kata takpe.. 

Allah kata ia dosa. Kita kata takpe. 

Siapa kita? Allah swt dh tetapkan dosa pahala. Ko kalau buat dosa ko ngaku ko buat dosa. Jangan ko nak lawan Tuhan pulak. Dosa tetap dosa. 

Bila ko dh berkompromi dengan dosa tanda hati tiada iman. Sikit sikit dr benda kecik maka merebak ke perkara yang lebih besar. 

Tapi itulah manusia..dia tk takut hukuman Allah SWt. Tapi dia lebih takut hukum manusia.. malu .. masuk suratkhabar, masuk lokap, bos tahu… kena penjara.. 

hakikatnya benda dosa kita kena benci. Pertama benci perbuatan dosa tu . Kedua, doa kita terpelihara dr buat dosa tersebut. Ketiga kena kena jauhkan diri dr tempat tersebut. 

Itu antara cara cara Kita  boleh elakkan diri kita. 

Jadi jangan lah lagi kita tentukan dosa pahala ikut akal kita. Cth vape tak haram. Tengok video lucah, takpe. Pasthbkita kata… “siapa tak tengok video lucah..”

Sikit sikit kita anggap dosa tu kecik .. lama kelamaan itu kenjadi lebih besar kepada kita. 

Iman senipis kulit bawang. 

Itu kita wajib menuntut ilmu fardhu ain fardhu kifayah. The first things and foremost ialah ilmh agama. Didik anak taaat perintah Allah SWT. 

Ingat tiada kompromi dalam perihal dosa. 





Ahad, 21 November 2021

My first Collection Potmeirion

Baru merasa..org lain dah lama beli ...aku beli kayu tu kat shoppe..dalam RM6.90 kot..aku beli tiga ..


aku nak share nebas sulung aku dah keluar ..pengalaman nanam nenas ..harap manis macam madulah nanas ni ..korang tau tak bila sesuai nak taui nenas ni ...

ni pulak gambar makanan yang kami makan masa balik ke melaka ... sedap jugak pie tu .,.tapi mahal lah regenya ...

ni frapuccino double shot

 

Sabtu, 20 November 2021

Night Zoo Safari Melaka 2021

Semalam kami ke Zoo Melaka ..pertama kali aku ke Zoo Melaka waktu malam. 
aku nak pesan kalau nak masuk zoo korang beli air tin siap siap. Kalau beli dalam ni satu air tin kat Dinosour Counter tu harga nya RM4 setin , mahal nauuu!

lagi satu aku rasa malam dengan siang malam ada kelebihannya berbanding siang. 
satu, dia tak benarkan kita jalan sendiri mesti kena naik tramp dia ..sebab malam tak semua binatang kita boleh tengok dan pihak zoo yang akan guide kita bila malam ..naik tramp dan dia akan terangkan satu satu binatang yang kita tengok .

pada aku bila malam ..ko lebih relaks tak payah nak berjalan kemudian ..macam lebih privacy sebab ada kumpulan2 kecik dia terangkan .. so kolebih faham..berbanding ko tengok sendiri tak tahu apa apa ..

paling lama kat area harimau malaya, singa , harimau putih nama elsa dan kita boleh juga tengok dia demo bagi buaya makan .

Kemudian bagi gajah makan . ni antara yang budak suka. 
kemudian baru aku masuk kawasan dinosour.

kawaan dinosour tu besar dalam 4 ekar. kata staff tu lebih baik dtg malam dr siang ..kemudian ...lampu dan bunyi dia tu yang real ..pada aku best dan budak excited. 

dalam zoo banyaksebenarnya patung dinosour dan saiz dia adalah mengikut saiz sebenar dinasour tu 



nampak tu real betul kan gambar dinasour tu 

ni pulak tayangan VR kena bayar RM15 kalau nak tengok 



haiwan ni kepaknya tu bergerak gerak nampak macam terbang ...



ni pintu masuk dinasour..
harga tiket di laman web Zoo Melaka

so pada aku pengalaman ke zoo melaka waktu malam lebioh menarik berbanding waktu siang ..dam kalau korang tak de pengalaman elok korang pergi sekali ..

kalau siang korang tengok harimau tidor je kan ..bila malam korang akan tengok doa jalan jalan ....so bestlah sikit dr waktu siang cuma nampak dia tidur je  

 

CONTOH PENULISAN ULASAN DALAM PBD

Tahniah atas kejayaan anda yang cemerlang.  Teruskan berusaha untuk  kejayaan lebih cemerlang untuk masa depan yang gemilang.


Sekalung tahniah atas kejayaan anda. Teruskan usaha dengan lebih gigih untuk kejayaan lebih baik.

Prestasi anda memberangsangkan. Usaha lagi untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Pencapaian anda pada tahap yang memuaskan. Berikan lebih tumpuan kepada mata pelajaran tertentu.

Kejayaan tertakluk kepada daya usaha anda. Oleh itu tingkatkan usaha anda untuk kejayaan yang lebih baik daripada hari ini.

Usaha anda telah menunjukkan hasil yang agak baik. Gandakan usaha anda untuk mencapai kejayaan yang  lebih baik.

Tingkatkan usaha anda. Anda pasti akan berjaya dengan lebih baik daripada hari ini ………….

Hargailah masa dan tingkatkan usaha anda.

Pencapaian masih lemah. Tingkatkan usaha dan ubah sikap demi masa depan anda.

Hargailah masa dan buangkan sikap kerap ponteng kelas.Pencapaian memuaskan. Teruskan usaha anda. Anda pasti berjaya.

Berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Pencapaian agak lemah. Perlu lebih banyak mengulangkaji pelajaran.

Jangan jadikan kekurangan sebagai beban, itu hanya akan membuatmu sulit untuk berlari mengejar impianmu

Anda seorang yang berpotensi untuk berjaya. Tingkatkan keyakinan anda dan berikan sepenuhnya tumpuan ketika belajar.

Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

Tanamkan minat sentiasa mahu belajar dan teruskan usaha.

Kebolehan anda boleh digilap lagi. Teruskan usaha anda untuk lebih berjaya.

Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya.

Seorang yang tekun dan berkeupayaan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Mampu menguasai dan  memahami apa yang diajar oleh guru dengan   baik dan berfokus. Berpotensi tinggi untuk lebih cemerlang. Tingkatkan usaha anda

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.

Anda mesti mempunyai motivasi yang tinggi dan minat terhadap pengajaran dan pembelajaran di  dalam kelas. Anda mampu mencapai lebih kecemerlangan dengan bersikap proaktif di dalam kelas.

IHSAN DAN JEN HOTEL,JB

sumber : google 

Suami aku menyatakan hasrat nya nak Ihsan bergiat aktif dlm sukan tenis. so dia bersetuju nak spend utk ihsan attend kelas dan join tournament,

so di pendekkan cerita Ihsan first tournament adalah pada 4hb Disember ni di Nusa Duta Johor Baru. sso memandangkan alang alang dh nak ke Johor tu .aku ajak suami aku check in semalam kat JB..ny right petah tu boleh lah golek golek kat hotel sebelum besoknya balik ke JB..

dia kata minggu depan dalam 27hb nak balik Ipoh nak main tournament kat sana . As wife and good mother aku ikutkan jelah .. dia pun tengah seronok ada financial freedom yang dia boleh spend apa yang dia sukai .. so kalau dia suka pada tenis ..so aku raikan . sekurang kurang nya aku support sukan yang dia suka. nakmbuta macam mana itu kesukaan dia . Aku pun bersyukur dia join benda yang aku boleh join. 

tapi aku masih berharap Ihsan boleh masuk sekolah agama swasta yang aku nak hantar dia di Seremban tu . tapi aku belum kaji lagi. apa pun Ihsan bakal ke sekolah agama Insya Allah..kalau sekolah agama ni tak jadi baik sgt jadi baik sikit sikit pun alhamduliilah ...dr sek men dah biasa kan diri dengan solat tahajud..solat jemaah.. baca quran dan belajar bahasa arab . aku yakin apa yang abah bagi aku ..hantar aku kes ekolah agama pada aku sgt bagus . dan aku nak benda tu dapat kat anak aku pulak . 

cuma imran aku kena cover balik kemudian hantar dia ke sekolah pondok nnt dengan adik beradiknya . biar dia belajar tadah kitab sebelum dia masuk U ..atau fly g oversea. Biar dia belajar ilmu agama .kalau dapat hantarkan ke pondok moden . bukan utk aku ..tapi utk diri mereka. penuhkan dada mereka dengan bekaan ilmu akhirat . semoga mereka berjaya dunia dan akhirat 

oklah 

so aku pun mencari cari tempat nak book hotel utk stay 4 dan 5 hb ni ..

aku pilih Jen Hotel sebab ada less sebab dah duduk situ dua tiga kali nnt nak check harga dia . RM222.22 rata rata aku check di agoda dalam Rm300 lebih 

Jumaat, 19 November 2021

Fila La Pot , Mohd Chan By The Gardens

 korang ingatb tak aku menang hadiah makan Filalapot kat Mohd Chan. So malam tadi kirog g redeem. aku kata kat suami kita nak makan free jangan mtambah menu lain banyak sangat ..so kitorg amik satu lagi soft shell cran telor masin ..baru tau rege dia dalam RM39 ..hahah..tapi sedap oklah ...

so air aku amik asam boi satu jug dengan air teh lemoh utk Iyad..satu ..nasi putih 4. 

so boleh lah kami bajet makan malam tu around rm 80 aje..tapi entah apa suami aku oorder malam kena sampai RM125 tak termasuk filalapot yang free tu ...

oklah ..dia nak kasik anak bini dia gemok 

hahah..

so review aku sedap ..menu baru tu sedap ..actually dia tak launch lagi menu tu baru try ..kasik rasa ok ke tak ..

aku suka kedai ni satu for sure bersih..kalau lap meja tu pakai dettol ok..mop lantai pun bau dettol,pastu servislaju ..duduk kejap je air dh sampao ..dalam 15 20 minit makan sampai oklah ..pastu dia kena walk in ok ..tak boley main book ...dia tak layan nnt dia kata org tak dtg susah dia nak call bagai ..

pastu rasa masakan dia sama je kat mana ko makan ..kat bangi ke kat shah alam ke ..sama je rasanya ..oklah kan ..mencapai sop yang ditetapkan ...

air dia asam boi tu. mg refreshing tul ..aku suka. 







nila Fila lapot tu ..sedap!!!


Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...