Khamis, 30 November 2017

Breakfast di Muar 🍳 🍳

Tertiba sentap kan.. akulah sapa lagi? Hahha.. aku akui mmg aku jalan jalan dengan suami je ... sebab kami baru mampu nak membiayai perbelanjaan keluar negara utk kami. Kalau nak bawa semua anak anak mmg tak mampu. Sebab harga tiket org dewasa dan kanak kanak sama harganya.. hmmm... tambah pula kalau bawa anak bermacam ragam so aku rasa eloklah diorg dh besar sikit kalau nak bawa jalan jalan pun ... 

Kalau paling tidak aku adalah plan nak bawa diorg lergi Perth. Total harga tiket dalam 4k lebih utk semua sekali. Belum masuk harga penginapan dan makan. So boleh bawak tapi costly lah . 

Cerita nya bila ada kawan aku yg #fourofus #familyfirst hmmmm... aku terasalah sebab aku jalan sorg happy happy sorg pada aku tak salah aku reward diri aku then ada masa bawa keluarga.. tengoklah dlm perancangan dan Insya Allah ada rezeki. 

Kita ni kerja gomen org boleh agak gaji kita banyak mana .. time based kan sume org tahu gaji kita banyak mana... hmmm tak yah nak berlumba sgt... aku keje dg44 suami 48 adalah sikit duit lebih bulan bulan ... itu maksudnya tak menyimpan le .. kalau menyimpan idakle berjalan sana sini...

Senang je nak tengok.. ada org jenis menyimpan macam aku jenis berbelanja boleh? Hahha... aku rasa dengan berjalan sana sini lah aku dpt simpan memori aku sendiri.. 

Okey anak anak ibu janji ibu akan bawa korg semua jalan jalan sama sama .. yg penting semua dah pandai berdikari taknak nangis nangis gaduh gaduh lagi ... semua kena behave.. ok ! Kita akan backpack sama sama ok. Di Europe tiket train percuma so untung lah bawa korg berjalan nnt.. 


Biarlah org nak cakap apa .. ibu ada plan ibu sendiri utk korang .. dan ayah ada plan dia . So kita sama sama ikut plan asal kita... buat masa ni kita cuti cuti dalam negara dulu.. nnt kita drive ke Krabi, ke singapore dan jalan jalan g Tokyo , Perth dan Europe... kita akan jalan sama sama ... kita bina memori kita bersama Insya Allah ... 








KAWAN NAK KE LONDON...

Malam tadi Faiz kawan univesiti masa aku di UM mesej tanya macammana aku ke Paris. Rupanya dia dalam plan nak ke London nak lawat anaknya yang sedang belajar di London. dekat London Bridge. 

tak memasal aku mengimbau kenangan setahun lalu aku ke London. Tak habis lagi tak sangka nye ko ke London ek..udah udah le..

banyak org tanya pasal pengangkutan london dan Paris ni. aku naik eurostar . macam monorail ERL yang KLIA ke KL sentral tu ..hah gitu lah... harga eurostar ni mmg kena refer website dia dan kena book awal...lagi awal lg murah! dan print out siap siap ticket onlie dia nt dia akan scan, so mmg mudahlah..dlm tu ada cafe ko boleh lepak lepak..

penginapan aku suggest dok Mercury Terminus Nord mmg strategik hbis btul betul depa entrance Gare Du Nord. hah nak cari makanan halal pun murah . nak balik ke airport GDC France pun mudah..serba serbi senang lah..

antara Big Ben dan Eye of London tu dekat aje ..ko jalan kaki je dh sampai. dr sini entah mana arah kami naik bus ke Tower Bridge.. dah ke Tower bridge kitorg sesat larat ak cari Burger And Lobster...kitorg jalan sampai ke kawasan luar Londonlah ..terjumpa bas antik yg dua tigkat tu end up kitorg ke Oxford street balik cari makan dan shopping..malam balik dua dua melepek..kaki sakit sebab pakai kasut yang salah. 

nyesal tak ke Oxford dan tak ke National Museum ke tempat tempat lain. tapi seconnd day kami ke Birmingham Palace, Kingston Garden, Albert Hall..berbasikal di Hyde Park yang masya Allah besarnya ...kami ke oxford street balik sempat jugak kami ke Harrods dan jalan jalan ni Notting hills .banyak jugak lah coverkan..

kami puas hati dapat jalan sndiri dan dapat naik bas tengok kota london dengan lebih dekat ....jala je kerja nya..sampai lelah lah...hahha...tapi malam memang melepek habis sebab dah all out masa siang, 

sebenarnya london paris terlalu banyak bangunan yg cantk cantik..paling cun duduk sana lima hari drive ke Bath da Stonehenge da ke Wales ..banyak lagi lah tempat boleh cover..

untunglah yg duduk di London boleh spend masa lama di sana maca sepupu hafidz yang belajar di Leeds University. lama jugak dia di sana sambung PHD...


Big Ben dari jauh ....

Eyes Of London ...baru bukak kami tak naik pun..

MINI COOPER , KENAPA MAHAL SANGAT?


KO Memang cantik!



Selasa, 28 November 2017

Review Iphone 7 plus πŸ“±πŸ“±πŸ“±

Setelah menggunakan iphone 7 plus sejak bulan Feb kot aku rasa is satu pilihan yg hebat! Wow bahasa tak mengagak! Aku rasa dia bukan hanya jenama tapi dia awesome! Dan maka aku pun tergedik gediklah nak pakai mac πŸ’» pulak kan .. taste tak beragak kan !

Yelah dr aku beli hbag fancy mancy hanya sekadar pakai je tapi ini mempengaruhi kerja aku dan secara tak langsung aku dpt buat banyak benda yg aku suka.. so lepas ni mmg aku akan jadi apple Lovers lah! Kalo boleh semua benda aku nak pakai Apple brand hamboi! Nkoooo!

Kata minimalis! So apple ni minimalislah sangat... ok org cakap ni sembang kosong lah ekk ! Cam kena tak kena tapi kira kita set as dreams and dua lah kann...

Aku suka tengok kereta mini cooper ! Cantiklah sejak aku tengok cite Princess Coffee mmg cun habis! Tapi masalahnya kereta tu mahal cam harga rumah dan saiznya keciklah pulak! Tu yg aku confius tu... comel tau kalo perempuan naik mini cooper! So impian tu agak me jauh sedikit! Kalau ko pakai mini cooper monthly ko kena spend 2700 sebulan... ko mampu?

Emmm... hari tu kecoh seorang twitter cerita cara dia jana pendapatan sewarumah ... tulah bila kita mengaum kuat sangat ada benda tak baik jadi ... so undue belakang sikit... begitulah dlm apa apa hal sekalipun ... kena ada border jgn main taram aja... bahaya...

Sama jugak kes cerita Jaan Punching Bag ... sekejapan je Allah nak turning point! Dr the best cerita terus kena delete dan banned page tu sebab digelar perosak masyarakat adanya unsur soft porn. Secara ikhlasnya, aku tak rasa cerita tu menonjolkan bab sex. Tapi cerita Beautiful Me karya org yg sama Andrea tu mmg serius 18sx . Sebab dia macam kita tengok video lubah ini bahan bacaan lucah. Jilat, fuck me... everything’s there... mmg tak sesuai! Bila ko baca ko terangsang dan nak buat kan... cer kalau budak remaja macammana? Berzina lahkan .. tak hairan lah kalau dh lahir setengah juta anak luar nikah di Malaysia ni. Allah...

Aku rasa semua dtg dr didikan keluarga yg lemah. Mana solat nya bacaan Qurannya, mak ayahnya solat? Pergi masjid ... ada kelas agama... pergi sra dengan belajar agama sendiri tak sama... entahlah banyak sangat lompangnya.. sana sini

Oklah dr iphone merebak rebak cerita lain.

Apapun tahniah Fattah Amin dan Nur Fazura πŸ’‘πŸ‘©‍❤️‍πŸ‘©πŸ’‘

Resepi Asam Pedas πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

RESEPI IKAN MERAH MASAK ASAM PEDAS

Bahan-Bahan
1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong
2 biji tomato-belah 4
secekak daun kesom-agak2lah ya
1 btng bunga kantan-belah 2
1 btng serai- di ketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
Garam dan sedikit gula
minyak utk menumis

Bahan Kisar
1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan, dibakar
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara
Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Sumber: Facebook

Ahad, 19 November 2017

Melangkah ke negara orang..

Tidak pernah aku berangan bercuti ke luar negara. Namun sangkaan ku meleset. 

2012 buat pertama kalinya aku menjejak negara orang. Aku ke Bandung. Bersama rombongan kerja suami. Seronoknya berjalan ke negar orang 

2014 Aku dan suami menunaikan umrah.Pada awalnya , Kak Na sahabat karib ku mengajak “ Jomlah Ama.. teman kak na buat Umrah sama sama.. “ entah mana datang duitnya aku dan suami pergi pakej berdua RM6890 seorang termasuk Tour ke Mesir dan Andalusia. Tak pernah terjangkau dek akal aku berjumpa binaan Firaun, piramid. 

Aku menunaikan umrah. Ia suatu kemestian dalam hidup aku yg mesti tidak aku akan laksanakan. La budda! Alhamdulillah makbul usia 31 tahun buat pertama kalinya aku menunaikan umrah. Syukur! Dan niat menunaikan haji sentiasa bersemi aku mohon pada Allah SWt sebelum usia ku menginjak 40 tahun. insya Allah.. aku yakin janji Allah.. 

2016 aku ke Paris bonus London. Ini cerita throwback ku. 

2017 aku ke Seoul

Mohon doakan 2018 aku ke Osaka , Perth atau Hokkaiddo. 

The Eiffel Tower

Selepas kami berhenti di food court dan membeli baju. Kami terus berjalan . Suami tanya nak pergi mana .. terus aku cakap piramid terbalik atau namanya The Lourve 


Bersambung. 


Salam perkenalan Paris !

Alhamdulillah lena nya kami dalam pelukan Paris. Tidur dan bangun mula menyesal. “Abang... rugi nya kita tak dpt jalan jalan semalam... aku mula sedih... jam pukul 5.30 pagi namun matahari sedikit menunjukkan cahaya nya .. lagak jam 7 pagi di Malaysia. Betullah kata org elok berjalan pada musim panas di Europah kerana siang ya lebih panjang berbanding malam. 

Sebelum memulakan perjalanan, aku mencari dulu hotel di London yg telah dibatalkan oleh Booking.com.. utk mengelakkan masalah tiada penginapan elok kami selesaikan hari ini. Esok kami akan ke London 3 hari dua malam... singkat! Namun biar ada dr tiada ... 

Dengan penuh bersemangat, kami melangkah berjalan menghirup udara sejuk Paris. Oh! Paris akhirnya aku berdiri di atas tanahmu menghirup udara segar sejuk angin sepoi sepoi bahasa menyapa lembut muka ku. Sepanjang perjalanan kami tersenyum sambil berpimpinan tangan. Kiri kanan tiada satu kedai yg telah dibuka. Kami keluar terlalu awal. Kalau di Malaysia saat ini kami pasti mencari roti canai dan teh tarik! Nikmat yg tiada di sini. 

Setelah berjalan menyelusuri jalan jalan .. barulah kami sedar hotel kami tidak dekat dengan Gare Du Nord sebalik nya dekat dengan Gare d Est .. ada dua station rupanya.. yg selalu aku baca cuma satu! Hahha... dan lagi dr Gare Du Nord kami perlu melalui dua station utk sampai ke The Palace Hotel patut lah sesat laarat semalam kami berjalan. 

Kami masuk ke terminal train Subway Paris . Yg berselirat dengan peta pelbagai warna. Tujuh barangkali mewakili jenis train dan pelbagai tempat perhentian. Sementara itu, kami sempat membeli susu coklat kocak brand  H&M di mart segeranya. Terhibur aku melihat sebiji kelapa . Ada juga jual kelapa tua di sini. Entah berapa harga nya. Niat di hati nak makan sandwich atau roti yg terjual namun dek was was isi kandungannya aku batalkan saja niat tersebut. Kami masuk ke food court utk minta air panas dan makan magie. Suami aku seluk ke dalam beg, hampa ! Dia tertinggal magie.. aduh! Laparnya.. tak apalah nnt jumpa kedai yg halal kita makan. 

Kami berjalan di dalam station. Banyak kedia telah dibuka. Aku masuk sebuah butik yg sedang berlangsung jualan murah. Mencuba sehelai long coat berwarna coklat .. cantik melihat harganya tidak terlalu mahal, jika di tukar kadar nilainya baru RM250 .. suami suruh ambil . Kebetulan aku belum punya satu pun baju sejuk. Melihat pula seluar jenama MANGO .. kalau di Malaysia tak pernah aku masuk ke butik ini. Sekali lagi seluar nya pula aku sambar. Bukan aku sahaja, malah orang Paris juga ramai membeli baju di butik ini. Apalagi tersenyum lebar aku sebab dpt membeli apa yg dihajati di sini. Maka berjalan lah kami menjelajah kota Paris dengan baju sejuk baruku. Yg paling aku sayang.. dan dia sentiasa menemai ku di Paris, London dan Korea. 

Lepas ini mahu teman ke mana ya? 

Malam Pertama di Paris; Hampa.



Malam pertama di Paris.

Kami sampai di Gare Du Nord nak dekat maghrib.. walaupun aku tak tahu dh maghrib belum.. cuaca mendung macam nak hujan .. langit gelap.. Aku dan suami turut berpusu pusu seperti org lain.. tak tahu apa yang nak dikejar... sayang... sayang tak menikmati pertemuan pertama dengan Paris dengan aman.. Kami bergegas keluar stesyen kereta api untuk mencari hotel. Yg kami serius tak tahu kat mana. 

Berjalan bagaikan Siti Hajar mencari air , mengusung bagasi besar tanpa baju tebal. Cuaca bukan main sejuk.. Allah... Kami masuk sebentar kedai yg ada wifi... mencari arah hotel.. bertanya pada penduduk tempatan .. aku hampir putus asa. Lama juga kami berjalan ke hulu dan ke hilir.. suami beritahu “ Ama tunggu sini , biar abg cari nnt dh jumpa abg amik ama...” Aku enggan! Macam mana kalau dia sesat dan tak jumpa aku. Dua masalah! 

Aku kata “takpe jom cari kalau tak jumpa kita check in hotel lain .. “ Masa kami penat berjalan sempat mata aku mencuri pandang kedai kedai Islam Timur Tengah yg menjamu menu menu arab .. ada ayam goreng macam kat Mekah .. laparnya..
 “Jom makan dulu...” kata suami. “Taknaklah .. nnt kalau gelap lagi susah nak jumpa... ,jom cari hotel dulu sampai jumpa..”aku dah mula risau. 

30 minit kami berjalan akhirnya kami sampai ke The Palace Hotel. Dah lah sampai hotel kena panjat tangga lagi .. tangga nya pusing pusing.. klasik habis. Masuk je bilik dua dua melepek.. pengsan! 

Dan malam pertama di Paris kami tidur kepenatan... tanpa makan apa apa! 


Selamat Malam Paris.. kita berjumpa esok.

Majlis Graduasi Iyad















Muzium Hang Tuah Melaka


Masa aku kecik dulu , Kak Lijah aku konvo Maktab Perguruan kami dtg Melaka buat pertama kalinya. best wo! Masa tu aku ingat aku azua abg am mak dan abah. Kami datang naik bas kot. Kak lijah sewakan kami hotel bajet.. seronok betul dtg Melaka time tu.. masih jelas dlm ingatan aku makan laksa sedap gila kat area Taman Mini Asean . Kitorg jalan jalan sampailah pergi Perigi Hang tuah. masa tu takde lagi dataran Pahlawan atau pun Melaka mall. Mahkota Parade pun laut lagi belum kena tambak. 

Skrg dh lain . Melaka dh jadi negeri maju yg paling top disukai rakyat Malaysia bercuti. Macam macam tarikan baru di buat termasuk yg aku nak share ni Muzium Hang Tuah . Dulu ada pergi je .. skrg dh ada muzium dan cantik pula permandangan kat sini. Korang datanglah.. aku tak berkesempatan masuk dlm rumah rumah tu ... so korang kena stg sendiri utk lihat apa sebenarnya yg best. 

Hahah.. bukan anti climax tau ! Mmg kebetulan aku dtg sebab ada kenduri kawin sekali jauh pulak kenduri nye kena jalan kaki.. berangin je kawasan ni kira mg best lah .. area jalan utama nak masuk sini korang akan jumpa kedai makan popular .. Kari Kepala Ikan Hajah Rahmah! Beratur bas turun situ .. ada jual asam pedas , goreng gorengan dan air tebu.. ada udang besar sotong kuih muih dan macam macam lagi  

Macam mana nak dtg sini .. ermm senang je aku kasik petunjuk. 
Ok kalau korg masuk Tol Ayer Keroh. Bukan alor gajah dan jasin. Nama tol ayer keroh. Mmg pack lah time cuti sekolah.. jalan terus sampai jumpa traffic light utama besar tau simpang empat dia .. kalau dtg skrg tengok renovate lah dia nak buat flyover. Simpat empat tu korang boleh nampak mydin.. parking kereta mydin.. korang aku belok kiri .. ingat dr tol ayer keroh.. atau paling mudah cari sign board Seri Negeri. 

Seri Negeri ni kira pej SUK melaka lah. Pejabat Dato Idris Harun pun kat sini. Pentadbiran negeri Melaka lah tu . Suami aku pun keje sini. Sampai serj negeri ada roundabouts amik pukul 12.. maksuh nya jalan setentang kita masuk.. lepas tu pelan pelan amik ke kanan .. bukit katil .. kalo ko nak ke Bayou Lagoon pun ikut jalan ni .. lepas  kau straight aje ... ada banyak jugak traffic light tak silap aku 3 @ 4 jugak.. lepas tu akan jumpa kedai makan Hajah Rahmah belah kiri... ok .. lepas tu jalan lagi sampai juga simpang nak ke perigi Hang Tuah .. sinilah tempatnya. Oklah 

Kalau tak jumpa google je atau guna waze .. hahah... kalau laluan bukit katil ni jugak boleh ke banda hilir . Kiranya guna jalan dlm lah .. bukan guna jalan utama yg jammed teruk tu.. 

Oklah nnt aku share tempat menarik di Melaka lagi yo! 

Bye!! Komen lah sikit kalau suka 😘😘😘




Gunalah iphone 7 plus utk gambar yg superb hahha 









Sabtu, 18 November 2017

Ini impian aku

Ya Allah besarnya impian kau! 

Ok 
Ok


Nak share impian yg sedang bermain dalam fikiran ku ini. Asalnya aku dengar radio era. Fm yg suami isteri naik kapcai dr klang hingga London ok .. total cost minyak dalam 3k tak ke sakit bontot kome! Hahah

Ok so aku pun tertiba nak merealisasikan impian aku dari Melaka- Istanbul - switzerland - malaysia 

Ok aku akan mulakan perjalanan ke Tehran Iran dengan AA mungkin kos tak sampai 1k dalam 690 sehala. sampai sana kita cari jalan ke Turki. Jalan jalan di Turki antara yg aku nak pergi Pamakulele yeke ejaannya. Dan cappadocia yg belon panas tu.. ya Allah Best nye.. lepastu kita ke europe balkan country mungkin athens rome hungary budapest aku tak ingat ikut route mana terdekat nak ke Switzerland πŸ‡¨πŸ‡­.. yg to boleh refer blog blog org .. yg apsti aku nak naik scenery train dia yg akan memaparkan keindahan alam di Switzerland. 

Aku target kos dalam 10k sorg suami isteri. Dan kita reserved 5k utk sesak sesak item. Pengangkutan kos yg penting selian tempat tinggal dan makan. Nak jimat kita amik yg overnight bus atau train so kat situ kita cut cost hotel. Makan banyak bekal atau makan sekali sehari heavy meals.selebihnya roti ok kot. Mesti tinggal semalam di Switzerland... yeay!  
 Balik dr mana yg murah .. mungkin Finland ke singapore murah so kita naik flight multi city ke singapore dr Changi Airport kita boleh naik bas balik melaka. Mana mana yg mudah! 

Plan dah ada dlm kepala. Cuma nak kumpul duit dan masa yg sesuai. Kena betul betul susun jadual kan .. 

Aku rasa steady sikit bila ada pengalaman ke London Paris hari tu so far tak jauh dr plan kami. Cuma kita pergi tenpat biasa org pergilah.. taktau nak tuju macam Rarecration tu punya trip kan ... under Saiful Nang. 

Wah! Happy nye .. aku bajet dlaam 2020 kot atau lepas 2019 imran habis upkk

thn depan singkat sangat nak kumpul duit nak masuk rumah baru lagi banyak benda nak pakai duit.. 

Duit tube iyad 840
Duit daftar taska ihsan 1000
Daftar taska iyad imran orked 540
Spek mata Iyad 1000

Belum lagi kos nak masuk rumah lagi dan repair rumah ni supaya boleh disewakan dan dpt duit sewa dalam RM1100 sebulan . 

Kalau pikir nak pindah rumah kena pikir 

Grill
Lampu air
Kabinet kitchen
Dan beberapa hal lain yg penting


Belum masuk lagi impian aku nak bawa anak anak g Singapore Uss tu .. hurmmm ... harap ada rezeki Allah beri utk mudahkan segala urusan Aamin.. 

Khamis, 16 November 2017

Result Anak

rata rata update pasal result anak exam..bangga dengan pencapaian anak...so agak agak apsal ko tak up kan result anak kau...malu ekkk .hahah pada aku result imran tak lah teruk mana tp tak sebagus mana level sederhana..ada A ada B dan ada C...mak tau ko adil bahagi sama banyak maslah nya ni exam nak...semua org nak straight A...UPSR org nak 6 A...teringat mak aku doakan aku PMR dapat 6 A mak ingat itu the best ..jenuh pulak aku mencorrectkan nya ..mak PMR 9A mak bukan 6.."mana aku tahu.."tu yang punca PMR aku 7A 2B tal dpt 9A.....

oklah tiba tiba teringat mak ..mak selalu kata aku bodoh tak prgi sekolah ..kamu pandai ....tp mak pandai membaca da megira ..kalau kira duit tak prnah silap oi!hahah...msti mak gelak kalau mak baca..

Result imran 

Penulisan  BM  C
pemahaman BM A
penulisan BI C
pemahaman BI B
sains B
Matematik A

kesimpulan : 2A 2B 2C

zaman aku sekolah rendah aku biasa dpt no 3,4 bawah 10..aku pernah dpt no 1dan 2. Masa sekolah meengah masih elok kelas pertama da dpt no bawah 10 ..paling elok mugki 4 atau 5 aku takpernah dpt no 1 kot sekolah menengah..

UPSR aku dapat 4 A
PMR 7A 2B
SPM 5A1 1A2 total 7 agrgat

layaklah nak masuk UM....akademi islam ..PNGK terakhir aku di UM 3.56 tak silap masih First Class degree...sebab no matriks 2001 selepas tu 3.7 baru kira first class utug arrr..hahah..

lepas dah kerja bagai baru aku sedar result periksa semua i tidak langsung menentukan masa depan hidup seseorang secara totalnya. terlalu banyak kisah kejayaan manusia yg bermula dengan kegagalan ..namun mahukah kita gagal di awal awal...atau tidak..maka usaha itu lah yg menentukan masa depan seseorang..
kejayaan di sisi Allah adalah sebagaimana yg Allah nyatak dlam surah AL-Mukminun..


aitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;
(Al-Mu'minuun 23:2) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A003
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
(Al-Mu'minuun 23:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A004
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
(Al-Mu'minuun 23:4) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A005
Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
(Al-Mu'minuun 23:5) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A006
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
(Al-Mu'minuun 23:6) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark


Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...