Aku mulakan post dengan gambar sunset di hadapan rumah ku.
Syukur menikmati suasana yg pada aku sgt indah .. bukan untuk sehari tapi utk hari hari akan datang Insya Allah.
Syukur Ya Allah
Syukur Ya Allah
Atas segalanya .
Malam tadi kami ke Hotel Equatorial Melaka utk jumpa kawan kawan suami orang Jepun. Mereka datang dari Yamaghuchi ke Melaka atas urusan kerja.
Dalam beg merah tu suami bawa souvenirs kain batik dan kain pelekat. Ada juga buah durian mangga dan kuih raya. Seronok berjumpa org negara luar yg baik dengan kita. Semoga ukhwah terus terpatri.
Tekun mereka mendengar suami aku berbicara. Entah apa yg dibualkan bersama aku tidak tahu.
Ihsan dan orked bergambar dengan Mayumi San dan Sato San . San utk panggilan nama bagi org jepun contoh Ama San.
Diorg kata orked kiut ... emmmm
Sato San
Beria mereka nak bergambar dengan Orked.
Durian dan mangga. Si Iyad dh godek tupperware nak makan. “ ibu lapar...”
Ayah angkat suami aku semasa datang ke Jepun.
Semoga akan datang kami bolej ke Jepun satu keluarga utk menziarahi mereka di sana. Insya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan