Sabtu, 19 Disember 2020

The Loaf Langkawi

The Loft langkawi ni terletak di area Pantai Chenang...

kami hanya menghabiskan sisa sisa masa ..nak masuk Underwater World masih tutup ...buka jam 10 pagi ..sedangkan naik ferry jam 11 pagi ..sejam mmg tak sempat nak melihat lihat ikan ikan semua tu ...so kitorg lepak lepak je dalam The Loaf tu nak minum kopi sambil tu layan cafe dia yang pada aku sangat cosy ...

kitorg order kopi yang terbaru ..guna gula melaka dalam coffee tu ..pada aku mmg sgt sesdap dan unik rasanya ...ada aroma pandan yang kuat dan rasa kopi serta lemak manis gula melaka ....kalau kurang manis sikit mesti perfect! cappucino tu biasa biasa aja ...

kami tak makan roti sebab semua masih kenyang lepas makan breakfast roti canai sebelum kami menuju Pantai Chenang ..

plan asal nak naik cable car tp sebab masa cuma ada dua jam ..kami bergerak jam 9.30 pg nak ke Gunung Mat Chinchang dalam setengah jam ..pastu 10.-11pagi kena turun dr gunung mat chincang utk ke Jeti Ferry Dermaga Tanjung Lembah utk naik ferry Roro ..mmg agak kelam kabut ..

last tukar plan ke Underwater World..aduh !

tutup lagi jam 9 pagi tu .Jam 10pagi  baru bukak ..

so tu yang kami sampai ke The Loaf tu..

tapi aku suka sebab tempat makannya cantik dan ada dapat scenery yang menarik ..

so masa yang terluang kami penuhi dengan sesi fotografi family .

aku cukup tertarik dengan unsur interior design yang mereka gunakan ..

ada konsep korean sikit ..dindingnya warna cerah, perabot ada unsur kayu, disertakan dengan elemen hijau dari pokok poko artificial yang ada..

dia masukkan eleman rotan pada perabot nampak unsur rustic dan elemen alam yang kuat..

Melihat gambar yang orked snap dr hphone ayah 

with my eldest son, Imran

Suami...

Iyad, no 2 ...


Ihsan the 3rd baby in AMAHAFIDZ's family

walaupun percutian ke Langkawi ini kami tidak kemana mana..namun kenangan tetap tersimpan di dalam lipatan sejarah bersama org org yang tersayang ..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Family Day MozaRoha

 14-15 Disember 2024 kami sekeluarga telah berkumpul … semua anak anak mohd zabidi dan Rokiah Hati seramai 12 orang dan jika dikira secara k...