Isnin, 21 Disember 2020

Langkawi 2020

Sebuah catatan perjalanan di penghujung 2020.
Perjalanan yang jauh merentasi selatan ke utara, mematrikan lagi sebuah memori permusafiran kami sekeluarga.
Ini bukan percutian, hanya bingkisan sebuah perjalanan.
Jangan ditanya kenapa tidak ke Gunung Mat Chinchang, atau paling tidak Dataran Lang.
Kami ke sini menemani sang Ayah yg bekerja.
Ringkasan perjalanan:
Kami ke sana menaiki ferry Roro. Sangat mudah dan menyenangkan.
Bonus, melihat permandangan indah sepanjang berada di dlm ferry. Ini bukan pengalaman kami yang pertama.
Mana mana yg berminat silalah lawati laman web Roro.. tapi di ingatkan tempat sgtlah terhad.
Namun berbaloi dengan keselesaannya.
Tidak ramai org dan cukup santai.
Boleh makan dan minum di deck sambil menghirup kopi panas.
Jika tak selesa ada ruang aircond untuk menonton tv .
2 jam perjalanan terasa amat singkat.
Tiba di hotel rasa sungguh gembira.
Permandangan laut bakal menjadi menemani kami sepanjang masa di sini.
Setiap hari dihabiskan di laut , menangkap hidupan laut kerang dan tapak sulaiman
Berjalan di Pantai Chenang dan mencuba makanan di sekitar tempat kami menginap.
Walaupun tidak banyak aturcara namun semua gembira dapat lari seketika dari dunia hiruk pikuk.
Mahsuri, tunggu kami pasti datang lagi.



kami bersesak sesak untuk naik roro



kami empat beradik..abg yang sulung Imran ...Iyad,Ihsan dan bongsu Orked.


kami kawasan ni agak baru ..masa kami naik 2017 dahulu, belum ada deck ni ..kawasan ni agak panas dan bising sebab bunyi aircond yang sgt kuat


susah betul nak dapat bergambar satu keluarga, nak suruh org amikkan gambar malu pulak makanya ..setiapa gambar seorang dua pasti tak ada..


kami eksaited nak naik tingkat atas..masa ni kami baru je keluar kereta...nak naik ke tingkat kedua...


ini ihsan dan Iyad. Walaupun mereka beza dua tahun tapi nampak sama besar . Mungkin sebab iyad tidak sihat sejak dari lahir...ihsan pula lahir terlebih hari ..dengan berat 3.3 kg paling berat di antara adik beradik yang lain


satu satunya puteri kesayangan ..si hitam manis..biar pun hitam ku nampak manis




aktiviti sepanjang di langkawi...makan , mandi lau, mandi swimming pool, tengok tv, mandi dalam tab , tidur..itulah selama ..4 hari di sana ...


bila mandi laut ..mereka akan kutip semua binatang binatang laut yang mereka jumpa ..paling ajaib tapak sulaiman


ini tapak sulaiman yang akhirnya terpaksa kami lepaskan semula ke laut







matahari hampir terbenam


jalan jalan di Pantai Chenang hari terakhir sebelum balik ..








u kami waktu ni ..aku nak withdraw duit ..jadi ATM paling hampir adalah di Chenang Mall..maka kami ke sini. masa ni hujan mula turun ..kami hanya berhenti seketika di Mc D untuk makan ice cream. aku nak beli kopi ..mengenangkan nescafe tarik yang terlalu manis sebelum tu aku minum . Hajat aku termati.




inilah laluan kami setiap hari untuk balik ke bilik ..tingkat tiga




view dari bilik kami setiap pagi ...sungguh mendamaikan

Lokasi : Holiday Villa Spa and resort Langkawi

mmg cantik hotel ni ..walaupun tak baru tapi dia ada private beach yang tak campur dengan orang lain ..sebelah hotel ni Dash Box Langkawi tak silap aku ..malam malam happening betul hotel dash ni ...


sekadar ini perkongsian aku ..silalah ke Langkawi 2021.
jangan lupa ke paradise 101 aku tak sempat sampai ...nnt kami datang lagi..







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Shoppee Affiliate or SA

  Kalau tiktok affiliate namanya TA, kalau SHOPPEE AFFILIATED, SA .sekarang aku paling faham SA. Aku dh merasa income dia sekitar 205. Jadil...