Rabu, 14 Ogos 2019

TADIKA LITTLE CALIPH AL FATEH TAMAN TASIK UTAMA

oklah memandangkan ini tahun kedua Ihsan bersekolah di sini dan tahun pertama Orked bersekolah di sini maka aku nak buat sedikit review pasal tadika ni .


BAGUS ! aku boleh katakan ini tadika terbaik yg anak anak aku pernah dapat . kenapa?
pertama dari segi pembelajarannya . 

AKTIVITI PEMBELAJARAN 

Ihsan sudah boleh membaca. kaedah yang mereka gunakan juga bagus. ada buku reading dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeriss. cuma mengaji Al-Quran aku lebih suka buka Iqra nampak lebih mudah 

dari segi memupuk nilai baik tu sangat ketara aku dapat lihat . 
utk aktiviti pula, setiap hari boleh aku katakan setiap hari mereka akan buat pelbagai aktiviti . ini dibuktikan dengan gambar yg di share oleh guru mereka dalam Channel Telegram . sebanyak 694 keping gambar di hantar kesemua nya memaparkan aktiviti pembelajaran anak anak ni ..

KOS

walaupun agak mahal ..awal tahun kena bayar dalam 1.3k termasuk bayaran Januari tapi aku berpuas hati sebab hanya itu yg kita kena bayar. Kita tidak lagi diminta duit bila ada aktiviti nak dijalankan . Sebagaimana dulu Iyad di Al- Baghdadi.Bila nak rombongan minta duit ..bila ada apa apa program minta duit .  pada aku lebih baik keluar sekali dr berkali kali ...

Dari segi bayan bulanan pula aku rasa mmg rata rata tadika meletakkan harga sebegitu. RM350 . Tapi utk Little Caliph aku bayar RM380 hingga 6.15 petang .. aku hantar awal dalam jam 7.15 pagi ..dan kebiasaannya aku amik awal sebab  rumh aku jauh . aku amik jam 3 petang sekiranya tak de urusan kerja di sekolah . 

kalau kita hantar utk tadika sahaja takde day care lagi murah .tapi korang kena jugak fikiran kos van dan kos ttransit anak tu .melainkan rumah korang mmg ada maid ke atau ada mak ayah korang maka kos akn jadi lagi murah . tapi kalau korag takde tempat nak transit letak sahajalah setempat kan senang .takde keluar hantar budak budak ni agak selamat . kadang kala van bawak budak pun bawa laju risau aku tengok ..

KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

bersih dan takde kes budka budak tak sihat di sini , tahap kebersihan mereka pada aku the best . Ank anak yg demam tak boleh hantar takut berjangkit dengan budak lain . teringat pulak kes sorng cikgu ada anak HFMD masih hantar ke tempat pengasuh ..


so ats review ini semua aku akn hantra orked utk umur dia 5 tahun pada tahun hadapan 2020. Ihsan sudah naik darjah satu dan akan bersekolah di Sk Ayer Keroh dengan Iyad . Cuma aku masih berfikir macam mana nak hantar Ihsan sekolah agama petang . 

Permohonan Orked masuk Pra sekolah tak dapat sebab dia cuma amik budak yang berumur 6 tahun sahaja . Insya Allah tahun depan aku akan cuba lagi .



Program Little Haj by Little Caliph 


sambutan Hari Raya 2019 

Orked berdiri paling kanan

orked dan hasil kerja nya 

Ihsan yang pakai topi koboi tu ...

Orked berdiri paling kiri ...

mmg kita kena spend duit utk pendidikan awal kanak kanak ..sama ada kita suka atau tidak. 
cuma kita ada pilihan utk tadika mahal atau murah .
pendidikan dan penerapan nilai murni susah nak di cari . Memandangkan tugas berat ini kita dah serahkan pada orang lain sewaktu kita bekerja apa salahnya kita pilih yang terbaik agar kebaikkan anak kita terjamin pada masa ini 

memang kita tak jamin anak kita akan jadi doktor sekiranya tadika mahal . Namun ini antara usaha kita cuba lakukan . tak salah ..

dan kita juga jangan komen pada org lain . itu hak seseorang mengenai pendidikan anak anak mereka .

kalau kita mampu amiklah yg elok ..tapi kalau Brainy bunch tu pada aku mahal sgt sampai RM600 lebih ..kalau murah macam Tadika Kemas dan Tadika JAIM jika di Melaka . Bayaran mmg sangat rendah . aku baca ada juga tadika PASTI yg bagus utk anak anak ..tapi kadang kala kita kena fikirkan lokasi sekolah tu jugak ..kalau jauh sangat macam mana..kita nak pegi kerja nak hantar anak lagi ..itu semua kita kena fikirkan ..

so korang buat lah pertimbangan yg terbaik utk anak anak ...

🎀: JEMPUTAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2020 LITTLE CALIPHS AYER KEROH :: 🎀

Assalammualaikum wbt.😊

Sukacita dimaklumkan kami akan membuat hari pendaftaran bagi Sesi 2020 untuk pelajar baru pada butiran spt di bawah:

🗓Tarikh: 13hb Julai 2019
✨Hari: Sabtu
🕰Masa: 9.00pg hingga 12.00tghri
💵Deposit pendaftaran: RM150.00
🏘Tempat pendaftaran: Little Caliphs Tadika Al Fateh Cilik, No.48 Jalan TU30, Taman Tasik Utama, Ayer Keroh Melaka. (Di depan Masjid Taman Tasik Utama)

Jika ibu bapa yang berminat mendaftarkan anak pada hari tersebut, mohon agar baca dengan teliti keperluan pendaftaran seperti di bawah:

👪Hadir ke tadika pada hari berkenaan bersama anak yang ingin didaftarkan. Bagi memudahkan proses tempahan pakaian tadika.

📃Bawa 1 salinan surat  beranak anak dan 1 salinan rekod imunisasi dari Buku Kesihatan anak (WAJIB) 
  
💵Menyediakan wang deposit  RM1⃣5⃣0⃣ untuk bayaran deposit pendaftaran.

Ibu bapa boleh sahkan kehadiran di template yang disertakan bagi memudahkan pihak tadika membuat persediaan sebaiknya.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi nombor 019-3801920.

Yuran Bulanan :

Balik kul 2pm RM310
4pm RM370
Balik jam 6pm RM390 [ Orked, Ihsan RM400]

tapi make sure amik ikut time kalau terlajak kena bayar RM 8 seorang anak bagi setiap jam lewat kot ( tak pasti kalau 1/2 jam )

:KIRAAN YURAN 2019::

Assalammualaikum.

Tuan/Puan, senarai yuran anak adalah seperti bawah ini👇🏻

1⃣ Nama Pelajar: Orked bt Shahrul Hafidz
2⃣ Kelas: KGI 4 yrs old

✅Reg.fee : RM100.00
✅January Fee 2019 (Pakej 6pm): RM390.00 
✅Equipment: RM270.00
✅Events: RM210.00
✅tudung : RM29.00
✅Sport Attire : RM36.00
✅Sport Day t-shirt : RM24.00
✅Books & Modules: RM360.00
✅Com.book & Report card:  RM12.00
✅Takaful: RM10.00


TOTAL: RM1441.00
TOLAK 1st deposit : RM150.00
BAKI PERLU BAYAR : 
RM1291.00

kemungkinan 2020 lebih murah sebab Orked dah ada baju uniform dan baju sukan ...

INI CUMA ANGGARAN AKU 

1⃣ Nama Pelajar: Putri Orked
2⃣ Kelas: KG 1 5y

✅January Fee 2019 (Pakej 6pm): RM390.00 
✅Equipment: RM260.00
✅Events: RM200.00
✅Books & Modules: RM368.00
✅Communication Book: RM10.00
✅Takaful: RM10.00

TOTAL: RM1238.00

oklah harap membantu korang ! 

***INFO INI HANYA DIGUNA PAKAI OLEH PENDUDUK SEKITAR AYER KEROH MELAKA .LAIN LAIN LITTLE CALIPHS TAK SAMA ANTARA SATU PUSAT DENGAN PUSAT YG LAIN . 

SO JANGAN KORANG MAIN TARAM JE SEMUA LITTLE CALIPH OK . CUMA SISTEM PEMBELAJARAN DAN BUKU BUKU YG MEREKA GUNAKAN ADALAH SAMA ...😊😊😊

3 ulasan:

  1. Kt tmpt sy LC sentul kl booking je RM500.maybe yuran penuh akan jadi rm2139 masa daftar utk tahun depan.

    BalasPadam
  2. mmg mahal little caliph tapi pengisian nya sangat baik ..saya berpuas hati dengan apa yang saya laburkan Insya Allah demi masa depan anak anak kita

    BalasPadam

Dinner di Pangkor

Ikan fresh… katanya.. kang kita rasa kita review…  Apa ni masuk kedai Daddy Cafe serve arak?  Baca review semua bgtau makanan kat sana sedap...