Khamis, 15 Ogos 2019

SELAWAT TAFRIJIYAH.

Masa kami adik beradik menjaga emak sakit, antara ikhtiar yg kami lakukan ialah membaca selawat ini.
Kami baca sebanyak 1000 kali .... hanya seratus sahaja sekali baca..
Mmg sgt baik hafal dan amalkan selawat ini.


Baca lagi di sini kelebihan selawat ini

Sumber asal Facebook:

Selawat Tafrijiyah YANG NI siapa AMAL confirm mmg bertalu2 rezki masuk dan 1 per 1 jalan keluar dr masalah terungkai.

Selawat Tafrijiyah disebut juga “Selawat Kamilah” atau “Selawat Nariyah” yang ertinya sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT.
Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan Selawat Tafrijiyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.

Menurut Imam ad-Dainuri r..a.
Amalkan setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
Amalkan setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
Amalkan setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
Amalkan setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
Amalkan tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.

Menurut Imam Qurtubi r.a.
Amalkan sebanyak mungkin. Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.

Menurut Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Amalkan sebanyak mungkin dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.

Wallahu'alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Canva

 This video are made from canva application :  Video Perasmian :  Another from canva: