Ok..aku telah menggunakan khidmat IDEAL CONCEPT yang aku baca testimoni mereka dari FB .
aku pun kurang pasti samada kabinet kitchen aluminium yg aku buat ni murah atau tidak
untuk almari ini sahaja TIDAK termasuk kos table top , mereka telah memberikan harga RM1950 pada aku ...sebagaimana dalam 3D sebegitulah rupa dapur yg aku dapat |
Dari segi kekemasan aku boleh bagi 4 1/2 bintang sebab mmg kerja tangan dia kemas namun utk mengatakan benar benar murah aku tak pasti |
cuma nya aku bersyukur dia setuju menolong aku buat dapur dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ...Jason kot nama dia . puas hati dapur yg siap ni ... jangan bukak dulu kalau baru buat dapur ni ... |
dan dia berjaya siapkan dapur pada 7hb Ogos . Kiranya dalam tempoh 12 hari aku dh dapat dapur aku yg baru .
sebenarnya dapur ni paling penting ialah table top. Korang kena make sure tukang yg buat table top korang buat elok elok ..aku dapat bezakan antara table top rumah Taman Tasik Utama (TTU) dan Country Villa Resort (CVR). Aku boleh katakan cina yg bertukang utk TTU lebih elok dan kemas berbanding tukang org melayu di CVR.
dan aku cadangkan korang buat aluminium utk tempoh jangka masa panjang . sebab kalau kayu ni bila bila masa je boleh di makan anai anai ..atau kerosakkan disebabkan air .
A: dapur CVR |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan