Sabtu, 30 November 2019

Kelas Swimming di Pusat akuatik stadium Hang Jebat.

ni kelas renang paling murah kat melaka, 
utk kanak kanak dalm RM120 je.
8 kali kelas ..boleh pilih mana mana kelas bila nak join
ikut jdual di bawah

cadangnya nnt nak hantar ihsan dengan orked. 
lepas balik Krabi 
harap sempat lepas ihsan dan Iyad sunat




Aktiviti Sepanjang Cuti Sekolah

Jumaat 22/11/2019 
telah bermula cuti sekolah dan sejak hari itu aku mengajak anak anak solat berjemaah bersama sama.
ALhamdulillah .semua dh tahu masa solat kena solat 
semua dapat solat dengan tertib melainkan orked masih gerak gerak lagi.
Imran akan menjadi Imam setiap kali solat. 
kami solat berjemaah lima waktu, tapi akhir ni aku terpaksa solat subuh dahulu kerana anak anak masih lambat bangun tidur

dalam minggu ni kami dah mula membaca quran selepas solat maghrib, Ihsan dan masuk Iqra 3 , iyad iqra dua orked pun iqra dua. semua ada 6 
kalau dah masuk Iqra 5 dah boleh mula baca quran, 
aku selalu mulakan juzuk 30 sebab bacaannya lebih mudah ..bila mula juzuk satu budak akan lambat membaca,
tapi lepas tu baru mula juzuk 1 -30 sampai khatam.
aku mengajar imran mengaji sehingga khatam bila masuk quran. ada masa dia mengaji dengan ayahnya dan guru .

untung ajar anak mengaji nnt jadi saham akhirat kita,
sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita mendidik anak anak ilmu agama agar anak anak terdidik akhlak yang baik .

Imran dapat tawaran temuduga ulul albab MRSM di mrsm kem terendak, aku harap imran dapat belajar kat situ .menghafaz quran dan belajar ilmu akademik
semoga imran berjaya .


SIPNOPSIS DRAMA BISU TV3 2019









Drama BISU TV3
Dah lama tak tengok drama yang hebat karyanya seperti drama ni.
Memang dulu bila sabtu malam kami satu keluarga akan tengok cekerama TV3 dengan mak dan abah.

Abah mesti gelakkan mak , kalau mak nangis. hahah...
ssemua baring depan TV layan satu keluarga.. bila iklan jerit
"dah start..dah start...g kencing pun time iklan ..hahha
*******************
Drama bisu menceritakan pasal sepasang suami isteri iaitu Khatijah Tan dan Kamarul hj Yusof , suami. Mak Nong berlakon jadi bisu untuk meraih pendapatan secara haram, iaitu menipu orang ramai dengan minta sedekah jual tisu.Suaminya pula kaki judi .
Rupanya Mak Nong dan suami mmg sejak muda mmg jahat. Jahatnya sampai suami mak nong pernah melacurkan bininya iaitu Mak Nong nya sendiri. 
Kelakar pulak bila org Kebajikan Masyarakat datang, suami mak nong berlakon terbaring kena stroke. sedangkan baru kejap tadi dia berjudi dengan kawan kawan dalam bilik. 
Mak nong bila minta derma jual tisu pakai tudung labuh kaler hitam, tapi bila g karoeka pakai kebaya ketat ðŸ¤£
kemuncak cerita ni bila ada seorang lelaki muda namanya Nazim , bercinta dengan anaknya Hamidah. hamidah baik tak suka menipu macam mak dan ayahnya,
nazim tertipu denganMak Nong kononnya mak nong nak sangat pergi umrah maka nazim pun sedekahlah Rm6k utk Mak Nong pergi umrah. 
dipendekkan cerita Nazim terdengar perbualan mereka satu keluarga dan tahulah dia Mak Nong selama ini tak bisu dan menipu dia. 
Rupanya mak Nong juga tertipu seumur hidup dengan suaminya yg kononnya sakit kaki rupanya kaki nya tak sakit ..tertangkap masa suami dia joget joget kegembiraan dapat curi duit umrah maknong. 
sejak tu mak nong insaf dan bertaubat . Suami dia pun mengaku salah . malam tu mereka nak solat , tapi mak nong dan suami langsung tak tahu ambik wudhu, s i siteri harap suami ajar, suami harap isteri ajar . akhirnya hamidah yang ajar Mak nong dan suaminya berwudhu dan solat .
akhir cerita Nazim sudi memaafkan Mak Nong dan suaminya dan bersetuju berkahwin dengan Hamidah walaupun Hamidah pernah terlanjur semasa dia remaja . 
Kisah ini sarat dengan pelbagai pengajaran:
1) ramai je orang yang menunggangkan agama dalam meminta sedekah atau mencapai kesenangan dalam hidup
2) ada org sanggup menipu supaya mendapat sumbangan.
3)orang baik selalu menjadi mangsa penipuan orang orang macm ni
4) pentingnya ilmu agama dalam kehdupan demi mendapat redha Allah SWT
5)hidup bergelumang dengan dosa takkan membahagiakan sesiapa pun. Kambali ke pada Allah jualah kebahagian hakiki
6) Allah SWT sentaisa meneriman taubat hamba hambaNya.
siapa tak dapat tengok boleh lah cari drama ni tak rugi jika ditonton.
*** beza betul lakonan otai dengan Syafiq Kyle😅jangan maraa aa.....

Jumaat, 29 November 2019

Sisi kehidupan


suka tengok zizie ezzety ni ..bahagia dan cantik anak anak pun comel comel.bagaimn dia lalui hari harinya.. adakah dia benar benar bahagia...kita tahu suaminya datuk  bung mokhtar.. dia isteri kedua, bagaimana di melalui hari harinya walaupun suaminya mungkin jarang bersamanya.


kita mesti bersyukur apa yang kita ada

kebetulan aku nak berikan sedikit nasihat:

si suami elak memuji perempuan lain di hadapan seorang isteri. 
walaupun niat sekdar menyatakn betapa cantiknya isteri kita tapi kita telah menguriskan hati isteri kita .
dahulu kitalah yang terhegeh hegeh memujuk agar diterima kita menjadi suaminya .skrg bila isteri tak sama cantik seperti dulu patut kah kau memuji muji perempuan lain 


SEORANG suami mengadukan apa yang ia rasakan kepada seorang syekh.
Dia berkata: “Ketika aku mengagumi calon istriku seolah-olah dalam pandanganku Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik daripadanya di dunia ini.
“Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat banyak perempuan seperti dia. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat banyak perempuan yang jauh lebih cantik daripada dirinya.
“Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan kami, aku melihat seluruh perempuan lebih manis daripada istriku.”

Syekh berkata: “Apakah kamu mau aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?”
Laki-laki penanya: “Iya, mau.”
Syekh: “Sekalipun kamu menikahi seluruh perempuan yang ada di dunia ini pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu lebih cantik dalam pandanganmu daripada mereka semua.”
Laki-laki penanya itu tersenyum masam, lalu ia berujar: “Kenapa tuan Syekh berkata demikian?”
Syekh: “Karena masalahnya terletak bukan pada istrimu. Tapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan.
‘Rasulullah bersabda: ‘Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mau bertaubat.’
“Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
“Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan istrimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia ini?”
Laki-laki penanya: “Iya, mau sekali.”

Syekh: “Tundukan pandanganmu.” []
kesimpulan nya TUNDUK KAN PANDANGAN 

Isnin, 25 November 2019

KRABI SHUTTLE

aku baca kalau nak amik pengangkutan pergi balik dari hotel ke airport amik Krabi Shuttle

https://www.krabishuttle.com


aku masukkan kalau naik minivan pergi balik dlm RM193.25 kiranya pergi seratus balik seratus. utk enam org . kira murahlah . naik teksi mmg mahal. 


Memandangkan flight balik kami jam 8.25 ..kami kena sampai airport awal dalam jam 6.00 pagi ..so aku decide kita checkout jam 5.30 pagi ..biar berlama lama di airport takpe..

jangn terkejar kejar terlepas flight mak tak sanggup ..ni pun dh habis beribu ,,tertiba terfikir ruginya amik bilik dua ..kalau amik satu pun takpe ..sumbat sumbatlah..tapikan kalia ko nak tambah extra bed pun kena charge 90..kalau 4 orang nak tambah berapa bed? dua bed dah rm180 ..sama rege kalau amik satu lagi bilik ..
tap rugi sebab hari last tu kami check out jam 5 pagi kut ...sebab flight jam 8.25 pagi ..ermmm


terkocoh kocoh lah sikitkan 



nampak tak ikut google maps ni dalam 30 minit ..awal pagi tak jammed kot...

waktu solat subuh pun jam 5 kira awallah ...
semoga urusan kami dipermudahkan ..harap iyad sihat utk permusafiran ini...



Ni kereta yang dijanjikan 


Plan makan makan di Krabi

macam mana nak g Krabi tapi belum kurus lagi 

nnt sampai krabi nak makan makan lagi 
aduhh!! hahahha

oklah nnt kita diet balik ya..

kejap kata diet time cuti sekolah , kejap kata diet time sekolah senang ..mana satu ni 

yang ya nya makan jelah ..tapi berpada..


rujukan Facebook:

1) Krabi Heritage Hotel - Harga affordable, staff friendly, banyak fasilities, cuma makanan kat sini tak halal. Tak perlu booking bilik include breakfast.
Just nak inform, area Aonang paling mudah nak access pulau, kedai2 makan n so on. Mohon booking hotel area Aonang supaya korang jimat duit untuk tuktuk n boleh jalan kaki je nak kemana2.
2) Breakfast n lunch - Boleh try makan kat Kedai Malaysia Krabi. Pagi2 ada nasi campur, masakan panas, nasi lemak dll. Sebelah kedai Malaysia Krabi ni ada satu stall nasi campur. Tapi tak tahu nama kedai dia. Pada saya sedap dan murah walaupun lauk dia saya tak pernah try kat KL ðŸ˜‚
3) Dinner - May & Zin Restaurant (sebelah Hotel Holiday Inn). Kedai dia cam area2 foodcourt sikit. So kena masuk dalam untuk jumpa kedai tuh. Masakan not bad n affordable compare dengan Bangboo (saya makan kat Bangboo kena hampir RM100 ðŸ˜‚🤣)Boleh try soft shell crab yellow curry, udang steam limau, green curry pun sedap. Owner n staff yg sangat2 friendly. Boleh tengok review kedai ni kat Google. 
4) Transport - Dari airport boleh ambil shuttle van. Baru 150baht/sorang. Van ni biasanya dia tunggu penuh baru gerak. Van selesa je. Then korang boleh dapat discount kalau korang guna service van yg sama masa nak balik Malaysia. Nak mudah ambil je service van yg sama. Sebab nanti korang tayah risau pasal transport balik dah ðŸ˜‚ Kalau naik taxi 500baht. Saya silap masa kat airport harituh sebab terus ambil taxi. Padahal kalau naik van baru 300baht untuk dua orang. 
5) Simcard - Boleh beli kat airport. Saya beli unlimited untuk 7 hari 150baht. Tapi sebenarnya boleh dapat harga 100baht kat kedai lain. 
6) Sewa motor - Nak bergerak area Aonang dengan mudah, boleh sewa motor. Kalau skuter 200baht(RM28) untuk satu hari. Cuma perlukan passport sahaja. Kalau motor skuter isi minyak 50baht pun dah cukup dah untuk ronda2 sana. 
7) Pakej Pulau - Sila lah survey banyak2 kedai sebab saya terambil pakej yg agak mahal sikit berbanding pakej2 kat area hotel saya. Rasa rugi sangat2. Saya ambil pakej dari company tour driver taxi saya (San Sun Tour). Dia drop kitaorang kat ofis dia dan terus offer pakej pulau n emerald pool. Padahal area Aonang bersepah pakej2 murah. So dah rugi sikit kat situ. Harap korang cari yg murah2 okay. 
8)Phi Phi Islands - Harga yg paling murah korang boleh dapat adalah 1,200 baht INCLUDE marine fee (400baht). Ada yg offer 1,200 baht exclude marine fee. Marine fee wajib bayar tau. So, memang kena cari pakej yg betul2 berbaloi. 
9) Emerald Pool - Kena berjalan 800m. Makanan tak dibenarkan. Dorang akan check beg masa kat entrance.
10) Hot Stream - Ni pun kena berjalan cuma tak jauh sangat. Kawasan untuk mandi adalah terhad. Terlalu ramai orang kat sana. Tapi sorang dia limit kat 15-20 minit je untuk mandi. 
11)Souvenirs - Nak beli souvenirs silalah beli kat depan Masjid Aonang. Sana jauh lebih murah berbanding area pulau, peniaga2 sana cakap melayu dan dorang terima duit Malaysia. 
12) 7E - Datang Thailand 7E lah kedai yg wajib pergi. Makesure korang check logo halal dulu sebelum beli. Sebab kadang2 makanan halal n tak halal sebelah2 je. Aiskrim pun tak semua halal tau. So silalah check betul2. Beli yg ada logo halal sahaja.
13) Duit - Masa saya tukar duit (SkyXChange, Masjid India) 100 baht = RM 13.95. Dekat Krabi pun saya ada tukar duit myr RM1 = 7.033 baht. Mungkin sekarang 100baht dah cecah RM14. Sana bersepah money changer cuma rate berbeza2. Tapi lebih baik standby duit myr dan tukar kat sana sebab kalau nak withdraw duit kat atm sana, charge 220baht (RM30).


ada yg kata jangan makan kat sini tak sedap! yeke? 


Ahad, 24 November 2019

MASTER PART1

hari ni aku buat keputusan yang besar dalam hidup aku
aku isi borang MASTER
aku tak amik masa yang lama key in maklumat dan hantar borang
paling bset takperlu lagi nak hantar borang secara manual
semua pakai online je
masukkan transkrip pun dlm bentuk pdf
semua aku dh buat onda spot aja

ikut calender aku akan masuk belajar bulan Oktober
masa tu hafidz pun dh habis master dia .dia tamat Jun 
nampaknya aku sambung belajar pula

aku pilih corse work
sebab course work cuma masuk kelas je .
lepas tu ada projek 1 dan 2
yang aku paling best aku dh jumpa group guru guru buat master kat Melaka ni melalui kawan aku Abby
sekarang Abby sedang sambung Phd di UKM . Abby lecturer kat POLITEKNIK
sekarang abby dh masuk under JPA lah kot 

lepas ni aku boleh mohon jadi lecturer kat IPG dapat aku meningkatkan taraf aku dr guru sekolah ke Lecturer di IPG 
jalan kerjaya aku akan lebih terbentang luas insya Allah .

sebelum 40 ada MASTER dan sebelum 45 ada Phd. boleh ?
insya Allah boleh 


berakhir persekolahan 2019 dengan majlis maulidur Rasul . ok
smoga Allah SWT berikan aku kesihtan utk tahun tahun seterusnya 




Khamis, 21 November 2019

Keputusan UPSR dah keluar.

Alhamdulillah ..menerima keputusan ..imran dapat 4A 2B. Aku tahu tahap kemampuan Imran . apapun Alhamdulillah 


aku nak share juga tips anak nak UPSR walaupun anak aku cuma dapat 4A2B
yg happy nya imran dapat :

SAINS: A
MATEMATIK : A
BAHASA INGGERIS PENULISAN : A
BAHASA MELAYU PEMAHAMAN : A
BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN :B
BM PENULISAN : B

orang kata kalau dapat sains dan maths A bagus. sebab dua dua ni subjek susah
dan utk budak lelaki senang masuk asrama sebab tak ramai lelaki dapat result bagus.

kan aku penah tulis post pasal sekolah terbaik di Melaka kan ..boleh baca di link tu
apa yg aku tulis tahun 2016 kini jadi kenyataan. 
SK TUN SAS menjadi sekolah terbaik UPSR di Melaka dengan seramai 24 anak muridnya mendapat 6A dan 14 orang menadapat 5A1B ..kalau semua dapat boleh jadi 38 org dpt straight A.

siapa kata sekolah kerajaan tak bagus. 
sekolah ni bagus sama macam sekolah private.
aku rasa paga pengetua bole lawat sekolah ni sebab pengurusannya yg sangat sistematik dan bagus. 

kalau semua bersatu hati nak naikkan keputusan pelajar insya Allah mudah utk para pelajar.

lepas ni Ihsan akan masuk SK Ayer Keroh 
Insya Allah orked akan masuk SK Tun SAS
semoga anak anak sihat dan dapat belajar dengan baik .

Sabtu, 16 November 2019

Tips memilih Hotel di Krabi

ok ! serius pening jugak nak pikir pilih hotel kat krabi ni 

aku mmg tahu beberapa petua wajib nak pilih hotel di Krabi .korang take note ya..

1) Kena pilih lokasi dia Ao Nang beach bukan KRABI

2) mesti dekat masjid supaya senang dapat makanan halal

3) seeloknya ada perkhidmatan shuttle ke airport. 

kepeningan aku bermula bila aku ni datang dalam 6 pax .2 dewasa, imran 12 tahun, iyad 8 tahun ihsan 6 tahun dan orked 4 tahun . 

aku pilih yang famiy punya semua harga atas 300 paling murah itu pun tak dapat cover ..kalau 400 lebih mmg ada..

ok aku dah book bilik studio kat Lario ..mmg cantiklah hotel dia tapi grade 3 bintang ajelah..


harga bilih dia yang termurah 

mula mula aku dh book bilik yang ada katil besar dengan ruang tamu kat bawah 

aku pilij yang ni ..bajet anak anak dapat tidur kat bawah lah ..kononnya 

cantik kan sebab macam rumah korea.

pastu aku pikir balik dia bayar pakai baht ..dan tak tau berapa harga dia sekarang currency kita pun tengah jatuh kann..

so ari ni aku bukak balik agoda semua cari hotel balik..

belek punya belek aku decide amik dua bilik..satu bilik imran iyad ihsan  satu bilik ibu dan ayah orked.

aku tengok bilik kat sugar cliff ni macam murah semalam 181.

setelah book tiga malam utk 2 bilik total dalam RM1298

takpelah atleast budak budak dapat satu bilik ..selesa diorg nak tido...takdelah berhimpit satu katil kan..dan paling best dia 4 bintang dan dekat je dengan attraction ..dr mula mula nak g krabi aku aim nak dok sini..macam aku aim nak pakia iphone kannn..hahahha...

so aku harap keputusan aku ni kira yang terbaik ..boleh free cancellation sebelum 30hb Nov..
oklah aku nak baca review hotel Sugar Cliff Ao Nang ni jap ...

kalau korang ada review pasal hotel ni boleh share ok ..

ok aku nak tambah sikit.

dia macam ni kalau hotel luar negara dia mcm straight tapi aku tak pasti betapa straightnya hotel tu dia kira kepala. tapi kalau dia charge harga lain bila ko dtg lebih muatan ko akan sakit . dia amik satu deb RM96 bergantung pada hotel.

lagi satu kan pengakaman aku tidur kat hotel masa kat Genting dengan Penang memang anak anak tidur sempit yelah sebab semua dh besar jugak ..jadi kat penginapan ni aku masalah sikit.

aku fikir kalau amik katil yg besar harga nya mahal gak dalam semalam RM300 lebih cumanya dpt duduk sebilik . alamak peninglah...kalau tak sebilik siapa nak jaga diorg pula? ke kena amik yg ada connection ..atau adjoining room tu ..ermmm  masalahnya dapat ke bilik ni connection . jadi kalau jauh antara satu blik macam mana ?aku dah request dalam booking ..harap masalah ni settle sebelum 30 /11 sebab sebelum 30/11 aku masih boleh cancel lagi ..aku pun tak larat asyik cancel je ...hari tu booking.com sekarang agoda pulak.

dan aku ada baca review pasal breakfast ada yg cakap tak sedap pulak ...tapi aku memang tak amik breakfast pun ..ok jelah ..

so total hangus 

RM1065 filght
RM1300 penginapan 
makan dan pengangkutan dr airport. itu je 





Kehendak suami dan isteri

DIALOG LAKI BINI :

MAKAN

yang suami harapkan 

" abang cepatlah balik ..ni dh masak nasi ayam ni ..."

yang isteri nak pulak:

" malam ni kita makan luar , ta payah masak.."

KERJA RUMAH:

yang suami harapkan rumah bersih bersinar dan tak bersepah , baju dah siap basuh.

yang isteri harapkan :

" baju abang dah tolong basuh baju, masak nasi dan goreng telor,"

BARANG DAPUR:

yang suami suka dengar,
" abang tak payah lah singgah mydin, td kitorg dah beli barang dapur...buah susu roti semua dh beli"

yang isteri suka dengar

" ni duit yang sayang beli tadi abg ganti balik ..seratus cukup?"


Selasa, 12 November 2019

Hotel Yang Kami Pernah Stay

kami baru kawin kami honeymoon kat hotel under Leisure Holiday . Jom list hotel yang kami pernah duduk.

aku senaraikan hotel hotel dalam malaysia sahaja.

1. Leisury Holiday, Langkawi 2006
2. One World Hotel Genting Highlands 2007
3. Hotel Bajet Cameron Highlands 2010
4. Equatorial Cameron Highlands 2013
5. Nova Hotel and Resort, Cameron Highlands 2018
6. De Baron Langkawi 2017
7. Perdana Beach Resort Langkawi 
8. Furama City Centre, Singapore 2018
9. Mutiara Hotel Johor Bahru 2017
10.Impiana KLCC 2018
11. KSL Resort Johor Bahru 2014 
12. The Everly Hotel, Putrajaya 2016
13. The Palm Garden Hotel, Bangi 2018
14. Avani Sepang Gold Coast 2016
15. Awana Genting Highlands Golf and Country Resort 2014
16. Carribean Bay, Port Dickson 2014
17. Holiday Villa Hotel & Suite Kota Bharu 2015
18. The Regency Waterfront, Terengganu 2015
19. Avillion Cove Port Dickson, 2019
20. Lone Pines Penang, 2019
21. Jen Hotel, Penang 2019
22. Swiss Garden Genting Highland 2019
23. Avillion Cove PD 2019
24. Hotel Penang dengan Mak Abah 2015
25. Cheringin Hill Resort, Janda Baik, 2015 
26. The Zon JB 
27. Arabian Gambang, Kuantan 2016
28. Alson Klana Resort, Seremban 2013
29. KL international Hotel 2012
30. Corus PD 2014
31. Avillion Legacy Melaka 2007
32. Chalet Tanjung Bidara 2008
33. Novotel Hotel Taiping 2020

Luar Malaysia 

1. Berjaya Eden Park London Hotel,2016 (berdua)
2. hotel Mercure Paris 2016 (berdua)
3. Hotel Paris 2016 (berdua)
4. Hotel The May ,Busan 2017
5.Hostel Korea 2017
6. Itawon Hotel 2017
7. huandae beach Hotel 2017
8. Purnama Hotel Malang Surabaya 2019
9. Hotel whiz Bromo 2019
10. Hotel OYO Surabaya 2019
11. Bloom Hotel Vietnam 2018
12. Artisan Hotel Ho Chi Minh 2018
13. Egyp
14. makkah
15 Madinah


The Star city Kedah- 7-10 Ogos 2018

Aman Sari JB- 3-6 september 2018 

The Silka Hotel - 29-31 Oktober 2018

The Strait Hotel and Suite Melaka- 23-25 Januari 2019

Hotel EDC Koptown - 16-18 Februari 2022

Hotel Mtree - 18-20 Julai 2022

Hotel The Acapella Shah Alam - 11-14 Januari 2023

Hotel The Pearl Kuala Lumpur- 11-13 Julai 2023

The Pine tree batu pahat- 7-9 September 2023

Park Inn by Radisson Putrajaya- 3-6 Oktober 2023


banyak sangat hotel tak tersenarai lagi ...
nnt share lagi ..lupa dah


REVIEW AVILLION COVE PORT DICKSONS

Setelah memandu sejauh 600km akhirnya kami sampai ke hotel yang terakhir. Lega selamat sampai walaupun dh jam 9 malam . malam tu kami makan di RnR Dengkil ,makan sizzling claypot dan suami makan sate kajang . bila dah sampai hotel aku rasa takde mood nak amik gambar. satunya sebab dia otel lama , tak secantik dua hotel yang sebelumnya kami pergi iaitu Jen Hotel dan Swiss Garden .

kami nak breakfast ..aku kena bayar RM35 sebab dia bagi satu voucher je.
tapi kalau dalam gambar nampak macam cantik juga. OKlah Hotel dulu dulu kan besar besar biliknya .

serius aku makan ni je dan sekeping Croissant dah jadi wajib pulak breakfast makan croissant sejak makan kat Swiss Genting

ok the view from our room mmg priceless

cantikkan ..luas mata memandang

sliding door tu boleh ditutup utk area katil tu


view dari bilik

air dia jernih sgt sampai nampak ikan 

candid lah konon

ada art space

breakfast kat sini 

maka berakhirlah percutian kami ke 3 hotel yang semua nya awesome. Paling best free sebab mengikut suami bekerja. alhamdulillah ..bila nak jalan lagi kan ....

ok jumpa lagi bye!

Ahad, 10 November 2019

Review Breakfast di Jen Hotel,Penang

Dengan ini aku menobatkan Jen hotel sebagai the best [breakfast]hotel in Malaysia korang nak tahu tak sebab ada sangat makanan yang disediakan di Jen hotel dengan bayaran serendah ada RM23 untuk kanak-kanak  dan dewasa RM46,kita boleh makan semua benda.

Korang bayangkan ada segala jenis roti, ada nasi lemak , rendang ayam, daging masak kicap, buah buahan, yogurt, roti canai, sup sup, bubur, salad, kopi dia ada mahal ada yg kopi kg ada teh tarik ada milo. Apa lagi kau nak. Ada dimsum ada pau, ada telor rebus separuh masak, ada oat, adared bean sosej, banyak sgt menu nya oii.. tak termakan dibuatnya. 

Mula mula cam biasa aku makan dengan suami. Lepas tu baru kitorg bawak budak budak turun makan. Aku cakap kat Imran pastikan ko makan senilai RM23 hinggit. Hahha.. 

Ni aku tengah lepak depan pool tengok budak budak. 

meh aku review apa yg aku makan ekk..

muka eksaited nak g bfast ..time ni budak budak tidur lagi

kerusi ni unik can tayar bicycle

this in Cafe Jen 

pelbagi roti

aku kurang pasti kenapa benda ni letak asing gini..tapi walnut tu sedap.

peminat croissant 

belajar makan bubur dengan Mr Ronald, music teacher 

ko tengok tu udang dia ermm

aku minta tosei dia kata nak hantar aku tunggu tak sampai .

yess! ni dia coffee station yg aku cerghita tu 

milo pun ado

juices.

dalam jug tu buah yang diblend ..tak manis nyesal amik

betik dan buahan lain mmg manis, epal rangup!

nampak tak noodles bar tu 


muesli ngan buah laici 

recommended roti canai ngan kari daging tu

pau ni feveret imran sukaa sgt pau!

ni je budak ni makan ..adoii ..bayar 23 hinggit 

Iyad makan free sebab aku cakap Iyad special kids mmg pun dia tak makan banyak still ada gstrostomi tiub kat perut

muka toyei

whole family bfast ..eyeyyyy!

sebelum keluar kitorag sempat pau sorang satu cawan ..3 hot milo and 1 cappucino ...

menu sementara menunggu anak anak mandi kolam 

mmg aku guna habis peluang menapau yang ada ..lantaklah org nak cakap apa ..aku bayar kot ..hahah...hari ni kami akan keluar jam 2 dari hotel. aku akan kemas beg checkout dan kami nak jalan jalan kat mal sebelah ni ..Avenue Mall nama dia..

tadi sempat aku order baju renang budak budak ni kat Lazada dalam 61 ringgit utk tiga pasang. swimming suit orked baru RM19 muraj lah kalau tak RM25 atau 50. 

ni aku dah fikir dah cara nak diet balik bila dah makan macam macam ni ..ni harus dah 70kg balik ..aku target nak capai 64kg masa g Krabi .Harap capai misi. 
oklah nak kemas barang dah ...

wasalam. 

Perlis - Hatyai 2024

 Aku book hotel Disember 2023. Masa balik dr Genting. Masa tu aku cuma fikir nak bawak anak anak berjalan sekerap yg boleh. Misi tahun ni be...